BANTUANInisiatif KerajaanMyLesen

Pendaftaran Bantuan Lesen B2 Percuma untuk Golongan B40

Pendaftaran bantuan lesen B2 secara percuma dibuka kepada golongan B40 khusus pelajar sekolah dan belia yang belum memiliki lesen. Program MyLesen B2 ialah inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah belanjawan 2025.

Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal kelas B2 secara percuma. Inisiatif ini menyasarkan seramai 15,000 peserta pada tahun ini.

PENDAFTARAN BANTUAN LESEN B2

Memiliki lesen memandu motorsikal kelas B2 adalah langkah penting bagi individu dalam golongan B40. Ia bukan sahaja membolehkan mereka beralih daripada bergantung kepada pengangkutan awam, tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

Program MyLesen B2 memberi harapan kepada mereka yang mungkin tidak mampu membayar yuran untuk mendapatkan lesen secara biasa. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi JPJ.

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Dengan tawaran pendaftaran bantuan lesen B2 percuma ini, diharapkan lebih ramai individu daripada golongan B40 akan mampu mendapatkan lesen dan menikmati faedah yang datang bersama memiliki lesen memandu.

Kepada calon yang layak akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapat lesen memandu Malaysia (LMM). Program mylesen ini menawarkan lesen memandu kelas B2 (Motorsikal tidak melebihi 250 c.c.).

MYLESEN B2
SIBU, 21 April — Peserta menjalani ujian praktikal pada Program Bantuan MyLesen Kelas B2 bagi Parlimen 211 Lanang di Akademi Memandu Suria pada 19 dan 20 April.
Lebih 1,600 peserta lulus ujian tersebut.
Terdahulu mereka berjaya menamatkan kursus teori dan lulus ujian undang-undang jalan raya yang telah diadakan pada 15 Februari lalu.
Berikutan itu mereka layak untuk memperoleh Lesen Memandu Percubaan (PDL – Probationary Driving License ) Motosikal Kelas B2.
Majlis penyampaian PDL kepada para peserta prog

KRITERIA MOHON BANTUAN LESEN B2

Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
  • Pemohon merupakan pelajar sekolah menengah / institusi pengajian / belia
  • Program terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
  • Sihat mental dan fizikal
  • Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas dari senarai hitam JPJ, mahkamah dan PDRM.

PANDUAN DAFTAR PROGRAM MYLESEN B2

Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran boleh dikemukakan selagi belum ditutup. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau penjabat JPJ berdekatan, untuk panduan sila layari laman rasmi – MYLESEN B2

Kepada mereka yang layak, tiada sebarang bayaran dikenakan kerana kos latihan dan ujian telah dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

LEBIH INFORMASI BANTUAN

Sepanjang tahun ini terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan untuk penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai panduan umum.

Related Articles

Back to top button