BANTUANFASA 3MySTR

Pemberian MySTR Fasa 3 : Kategori Penerima Bantuan Tunai

Pemberian MySTR Fasa 3 : Kategori penerima bantuan tunai adalah terdiri daripada golongan belia bujang, warga emas dan isi rumah B40/ M40. Salah satu inisiatif yang diberikan pada tahun ini berbentuk bantuan kewangan ada STR.

PEMBERIAN MYSTR FASA 3

Tidak lama lagi iaitu pada bulan hadapan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah atau MySTR akan mula disalurkan bagi fasa ketiga. Program bantuan tunai STR sesi 2024, melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas dan berkeluarga.

Kementerian Kewangan telah memaklumkan seramai lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia berkelayakan mendapatkan manfaat dari program STR. Jumlah keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini adalah dari RM350 sehingga RM2,500 setahun.

Kadar bayaran fasa berikutnya (fasa 3) ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah. Buat masa ini apa yang pasti bayaran STR fasa 3 akan disalurkan pada bulan Ogos secara menyeluruh.

KATEGORI PENERIMA & TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 3

Untuk makluman umum, berdasarkan tahun lalu kategori penerima fasa ketiga adalah isi rumah, warga emas dan belia. Bayaran bantuan bagi isi rumah adalah sehingga RM800 dan RM150 untuk bujang dan warga emas.

Bagi tahun ini dijangkakan tarikh bayaran fasa ketiga STR adalah pada pertengahan bulan Ogos dan kadar mengikut kategori akan dimaklumkan sebelum pengagihan. Segala butiran maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BAYARAN KESELURUHAN PEMBERIAN MYSTR 2024

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahu, jumlah bayaran STR adalah berbeza mengikut kelayakan kategori seperti berikut :

Kategori Keluarga / Isi Rumah (B40) Pendapatan Bulanan RM2,500

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Bilangan tanggungan anak (1-2)
  • RM2,000 : Bilangan tanggungan anak (3-4)
  • RM2,500 : Bilangan tanggungan anak (5 dan lebih)

Keluarga / Isi Rumah (M40) Pendapatan bulanan RM5,000

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Bilangan tanggungan anak (1-2)
  • RM1,000 : Bilangan tanggungan anak (3-4)
  • RM1,250 : Bilangan tanggungan anak (5 dan lebih)

Kategori Bujang & Warga Emas

  • RM350 : Belia bujang
  • RM600 : Warga Emas tiada pasangan

Jumlah bayaran STR diatas akan dikreditkan secara berperingkat mengikut fasa pembayaran kepada setiap kategori. Untuk semakan status bayaran MySTR mengikut fasa, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan sasar. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button