BANTUANMySTR

Pemberian Bantuan Tunai MySTR : Dikreditkan Ogos Ini

Pemberian Bantuan Tunai MySTR : Bayaran akan mula dikreditkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia pada bulan Ogos ini. Program MySTR atau Sumbangan Tunai Rahmah salah sebuah inisiatif bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA BERIKUTNYA

Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) fasa berikutnya diagihkan pada bulan ini. Pembayaran akan mula dikreditkan pada pertengahan atau penghujung bulan Ogos 2024 secara menyeluruh.

Program bantuan tunai MySTR bagi sesi 2024 membabitkan sekitar 9 juta penduduk Malaysia dengan jumlah bayaran sehingga RM2,500 setahun. Kategori penerima bantuan tunai fasa berikutnya adalah dari golongan B40 dan M40 isi rumah, warga emas serta belia bujang.

Kadar bayaran bagi fasa ketiga nanti adalah lebih dari RM500 dan jumlah ditentukan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak. Sebahagian penerima STR juga akan menerima insentif tambahan RM100 pada bulan ini melalui bantuan MySARA.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3

Buat masa ini masih belum ada lagi pengumuman dari Kementerian Kewangan mengenai kadar bayaran fasa ketiga. Apa yang pasti adalah jumlah keseluruhan bayaran MySTR pada tahun ini mengikut kategori telah dimaklumkan seperti berikut :

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Belia bujang : RM350 setahun
  • Warga emas : RM600 setahun

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500 setahun
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000 setahun
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500 setahun

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM500 setahun
  • Bilangan anak (1-2) : RM750 setahun
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250 setahun

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan secara berperingkat mengikut pecahan 4 fasa pembayaran sepanjang tahun ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA 3

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, semakan status bayaran setiap fasa boleh dibuat sepanjang tahun ini. Untuk kemaskini maklumat dan semakan status bayaran, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button