PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR UNTUK B40
Pemberian bantuan barang dapur untuk B40 kini telah mula dilaksanakan seluruh negara yang melibatkan kadar bayaran RM150 dan RM300. Kerajaan telah melaksanakan program inisiatif bantuan barang dapur untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40.
Program ini bertujuan untuk membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah dan berpatutan. Pada hujung tahun ini pengagihan bantuan khas ini disalurkan kepada golongan bukan miskin tegar.
PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR
Insentif yang dikenali sebagai sumbangan asas rahmah ini ditawarkan secara khusus kepada penerima program sumbangan tunai rahmah (STR). Pemberian bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan, kelayakannya ditentukan berdasarkan data maklumat STR yang sedia ada.
Pada tahun ini, dianggarkan sekitar 700,000 penerima layak mendapatkan insentif ini. Kadar bayaran adalah sehingga RM1,200 setahun dan ianya ditentukan berdasarkan kategori kelayakan dibawah :
- Isi rumah B40 : RM300
- Bujang & warga emas B40 : RM150
- Isi rumah miskin / miskin tegar : RM1200
- Bujang miskin / miskin tegar : RM600
Bagi penerima berstatus miskin dan miskin tegar, bayaran dikreditkan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari hingga Disember. Manakala untuk kategoti B40, pembayaran bantuan dilakukan secara sekali bayar (One-off).
Untuk makluman, bantuan barang dapur ini tidak diberikan secara tunai. Sebaliknya, insentif ini disalurkan melalui eWallet atau tanpa tunai, yang mempercepat dan memudahkan proses pembelian barangan keperluan.
Amaun yang dikreditkan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas serta pendidikan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar di seluruh Malaysia. Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan asas rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR SEGERA
Sekiranya anda merupakan sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status kelayakan boleh dibuat secara online. Untuk ketahui sama ada anda layak atau tidak menerima insentif ini, sila layari laman web rasmi MyKasih SARA – https://www.mykasih.com.my/
LEBIH BUTIRAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.