BANTUANBujangMySTR

MySTR Bujang : Bantuan RM350 Dikreditkan Secara Berperingkat

MySTR Bujang : Bantuan RM350 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat mengikut pecahan fasa pembayaran. Dalam sidang Belanjawan 2024, pemberian bantuan STR adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan pada tahun ini.

MYSTR BUJANG : BANTUAN RM350 SETAHUN

Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 telah mula disalurkan berperingkat. Kategori penerima belia bujang akan menerima RM350 pada tahun ini.

Pengkreditan ke dalam akaun bank akan disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa pembayaran sepanjang tahun ini. Bagi kategori isi rumah pula, bayaran adalah dari RM500 sehingga RM2,500 setahun dan jumlah bergantung pada gaji dan bilangan anak.

Manakala kategori warga emas tiada pasangan akan menerima bayaran berjumlah RM600 setahun. Menerusi pemberian sumbangan khas ini, lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR BUJANG & ISI RUMAH

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran bagi program bantuan tunai MySTR sesi 2024 seperti :

  • Pembayaran STR Fasa 1 – Januari 2024 (Bermula 29 haribulan)
  • Pembayaran STR Fasa 2 – April 2024 (Bermula 3 haribulan)
  • Pembayaran STR Fasa 3 – Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Pembayaran STR Fasa 4 – November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

Dengan berbaki lagi 2 fasa pembayaran STR, kadar akan ditentukan mengikut kategori penerima dan bilangan tanggungan anak. Tujuan utama perlaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR

Bagi penduduk Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh kemaskini makluman dan semak status bayaran setiap fasa. Untuk semakan lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Permohonan baharu juga boleh dikemukakan sepanjang tahun ini oleh mereka yang bukan penerima sedia ada. Untuk maklumat tambahan, penerima STR yang berkelayakan akan menerima insentif SARA yang diberikan pada kadar sehingga RM1,200 setahun.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button