BANTUANMySTR

MySTR : Bantuan Sehingga RM2500 Dikreditkan Berperingkat

MySTR : Bantuan Sehingga RM2500 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima mengikut kategori kelayakan. Seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan, pemberian bantuan tunai STR adalah dibawah belanjawan 2024.

MYSTR : BANTUAN SEHINGGA RM2500

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan inisiatif bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Program ini telah mula dilancarkan pada tahun lalu dan atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan pada tahun ini.

Kadar jumlah keseluruhan MySTR pada sesi 2024 adalah sehingga RM2500 dan pembayaran dilakukan menerusi 4 fasa. Bayaran bagi bantuan tunai STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

Sekitar lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia layak untuk menerima manfaat daripada program khas sumbangan tunai rahmah (STR 2024). Bukan itu sahaja, lanjutan daripada program ini, penerima STR juga layak untuk menerima insentif tambahan SARA yang nilai bantuannya sehingga RM1200 setahun.

BAYARAN BANTUAN MYSTR SEHINGGA NOVEMBER

Untuk makluman umum, jadual rasmi pembayaran MySTR tahun ini akan berakhir pada bulan November nanti. Berikut dikongsikan tarikh pengagihan mengikut fasa yang telah dikemaskini dari semasa ke semasa seperti di bawah :

  • MySTR Fasa pertama (1) : Dikreditkan bermula 29 Januari 2024
  • MySTR Fasa kedua (2) : Dikreditkan bermula 3 April 2024
  • MySTR Fasa ketiga (3) : Dikreditkan pada Ogos 2024 (Tarikh rasmi akan dikemaskini)
  • MySTR Fasa keempat (4) : Dikreditkan pada November 2024 (Tarikh rasmi akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR SEHINGGA FASA 4

Kepada mereka yang merupakan penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah 2024, semakan status dan kemaskini maklumat boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semak status bayaran yang sepatutnya anda dapat, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Untuk pengetahuan umum, bantuan tunai STR diberikan pada kadar yang ditetapkan mengikut kategori, pendapatan bulanan dan bilangan anak setiap isi rumah.

MAKLUMAT LANJUT

Pada pertengahan tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button