BANTUANBINGKASeWallet
Trending

Kredit Ewallet RM300 Sebulan – Cek Kelayakan

Kredit Ewallet RM300 Sebulan boleh dimohon melalui program bantuan Kehidupan Sejahtera Bingkas September ini.

INISIATIF KREDIT EWALLET RM300 SEBULAN

EWALLET BINGKAS

Tahukah anda kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan khusus untuk penduduk dari golongan B40. Program kehidupan sejahteran Bingkas ini adalah sebuah bantuan yang diberikan secara bulanan.

Kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga B40 sebagai penerima bantuan ewallet RM300 sebulan ini. Mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran bantuan tersebut setiap bulan selama tempoh 24 bulan.

Perlaksanaan bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Dengan adanya insentif ini, penerima boleh gunakan untuk tujuan membeli barang keperluan asas.

MANFAAT BANTUAN KREDIT EWALLET RM300

Berikut adalah manfaat yang disediakan dalam program Bingkas 2025 :

  1. Amaun ewallet boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar
  2. Semua urus niaga dilakukan secara tanpa tunai melalui ewallet
  3. Terima had bulanan barang keperluan berjumlah RM300 sebulan
  4. Baki nilai bantuan semasa perlu digunakan kerana tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
  5. Kadar nilai bantuan akan ditambah secara automatik ke paras RM300 pada bulan berikutnya.

CEK KELAYAKAN BANTUAN KREDIT EWALLET

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara – Pemohon adalah warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan – Pendapatan pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Status – Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Keluarga – Diutamakan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan anak sekurang-kurangnya 2 orang (berumur 18 tahun kebawah)
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

CARA DAFTAR BANTUAN EWALLET BINGKAS

Kepada yang berkelayakan dan berminat, panduan untuk mendaftar telah disediakan seperti di bawah :

  1. Layari laman portal rasmi https://bingkasselangor.com/
  2. Semak butiran lengkap yang dipaparkan sebelum memohon
  3. Klik pada semakan status permohonan
  4. Jika layak maklumat anda akan dipaparkan pada skrin
  5. Bantuan boleh digunakan pada bulan berikutnya.

Nota : Pendaftaran permohonan Bingkas akan dibuka semula pada 1 November 2025. Kepada pemohon baharu jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuman ini.

MAKLUMAT LANJUT

Program Bingkas yang dilaksanakan sepanjang tahun ini sangat memberi manfaat terutama kepada penduduk negeri Selangor. Untuk lebih info berkenaan bantuan yang ada pada tahun ini, anda boleh rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button