ePengeluaranKWSP

ePengeluaran KWSP Khas : Dibenarkan Melalui Akaun 1 & 2

ePengeluaran KWSP Khas : Ahli/ Pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan melalui akaun 1 dan 2 selagi menepati kelayakan. Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran untuk rakyat.

ePENGELUARAN KWSP KHAS

Sebenarnya ahli boleh keluarkan wang simpanan mereka melalui i-akaun KWSP selagi mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pencarum boleh membuat pilihan pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2.

Terdapat lebih daripada 10 jenis pengeluaran peribadi tertentu telah disediakan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada waktu ini. Ini merupakan inisiatif kemudahan yang disediakan untuk ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan.

JENIS KATEGORI ePENGELUARAN KWSP KHAS

Kategori jenis pengeluaran KWSP ini telah dipecahkan kepada 2 iaitu secara sepenuhnya atau sebahagian. Dibawah dikongsikan jenis-jenis pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu yang boleh dilakukan pada tahun ini.

PENGELUARAN KWSP SECARA (PENUH)

  1. Umur 55 tahun
  2. Umur 60 tahun
  3. Hilang Keupayaan
  4. Berlaku kematian
  5. Meninggalkan negara Malaysia
  6. Pekerja berpencen dan pesara pilihan

PENGELUARAN KWSP SECARA (SEBAHAGIAN)

  1. Umur 50 tahun
  2. Beli rumah
  3. Bina rumah
  4. Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman perumahan
  5. Perumahan fleksibel
  6. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  7. Perumahan PR1MA
  8. Pendidikan
  9. Menunaikan ibadah haji (Beragama islam)
  10. Simpanan melebihi RM1 juta
  11. Rawatan kesihatan

Diatas adalah senarai kategori pengeluaran yang boleh dilakukan oleh ahli KWSP untuk tujuan peribadi tersedia.

KRITERIA KELAYAKAN ePENGELUARAN KWSP

Pihak KWSP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas antaranya seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Ahli KWSP
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi jumlah amaun pengeluaran maksimum
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa atau simpanan ahli atau ke dalam akaun bank rakan strategik KWSP.

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Jika anda berkelayakan dan memerlukan untuk melakukan pengeluaran sebahagian atau penuh simpanan KWSP, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button