BANTUANBINGKASKehidupan Sejahtera

Kehidupan Sejahtera : Bantuan RM300 Untuk Kumpulan B40

Kehidupan Sejahtera : Bantuan RM300 sebulan ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan pada tahun 2023. Seperti sedia maklum, bantuan khas ini boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan terdiri daripada golongan B40.

KEHIDUPAN SEJAHTERA : BANTUAN RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau lebih sinonim dikenal sebagai program BINGKAS. Menerusi inisiatif khas ini, kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan RM300 setiap bulan selama setahun.

Permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun ini kepada mereka yang memerlukan dan mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Objektif utama perlaksanaan program BINGKAS ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban golongan yang terjejas.

Dengan adanya insentif tambahan ini berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Penerima yang layak boleh menggunakan amaun tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

KELAYAKAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Isi rumah/ keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  3. Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan (Kumpulan B40)
  4. Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
  5. Pemilih berdaftar di Selangor

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Bagi memastikan dan memudahkan semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan (atau) pasangan
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir tanggungan anak
  • Salinan sijil penceraian/ surat laporan polis/ sijil kematian bagi kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan penyata EA atau KWSP bagi kategori pekerja swasta
  • Salinan slip gaji bagi penjawat awam
  • Surat penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan demi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button