BANTUANFasa 4STR
Trending

Kadar STR Fasa 4 : Semak Tarikh Bayaran Fasa Akhir

Kadar STR Fasa 4 yang dijadualkan akan dikreditkan kepada penerima pada bulan November 2025 adalah sehingga RM650. Untuk makluman umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2025.

BAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2025

KADAR STR FASA 4

Bagi pengetahuan umum, program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini hampir ke fasa akhir bagi tahun ini. Bayaran selama tempoh 4 fasa pembayaran ini melibatkan 9 juta penerima dari kategori bujang isi rumah dan warga emas.

Pengagihan secara terus ke dalam akaun bank akan disalurkan selewat-lewatnya pada bulan November ini. Semua kategori akan terlibat menerima bayaran STR fasa 4 yang berstatus miskin, B40 dan M40.

Tidak ketinggalan, penerima STR juga berkelayakan menerima bayaran tambahan SARA yang dikreditkan di dalam mykad. Perlaksanaan inisiatif bantuan tunai ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup setiap penduduk Malaysia yang memerlukan.

KADAR BAYARAN STR FASA 4

Berikut dikongsikan kadar jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori kelayakan :

Kategori isi rumah B40 (Pendapatan bulanan RM2,500)

  • RM100 : Tiada anak (0)
  • RM300 : Bilangan anak (1-2)
  • RM500 : Bilangan anak (3-4)
  • RM650 : Bilangan anak (lebih 5)

Isi rumah M40 (Pendapatan bulanan RM5,000)

  • RM100 : Bilangan anak (1-2)
  • RM150 : Bilangan anak (3-4)
  • RM300 : Bilangan anak (lebih 5)

Kategori bujang & Warga emas (Pendapatan Bulanan RM2,500)

  • Belia bujang (21 tahun keatas) : RM150
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM150.

Kadar bayaran bantuan STR diatas adalah jangkaan yang akan dikreditkan nanti, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JADUAL BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Kepada yang terlepas pandang, dibawah adalah senarai rasmi jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 mengikut fasa :

  • Pembayaran STR fasa 1 dikreditkan : Januari 2025
  • Pembayaran STR fasa 2 dikreditkan : April 2025
  • Pembayaran STR fasa 3 dikreditkan : Ogos 2025
  • Pembayaran STR fasa 4 dikreditkan : November 2025.

Sementara menunggu tarikh pembayaran STR fasa akhir diumumkan, semakan status dan kemaskini maklumat terkini boleh dibuat secara online. Untuk semak sila layari laman portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

KESIMPULAN

Kadar bayaran STR fasa 4 jangkaan ini akan dikreditkan pada November ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta rakyat Malaysia. Untuk ketahui lebih banyak lagi info berkenaan senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama DISINI untuk rujukan selengkapnya!

Related Articles

Back to top button