Kadar Bayaran SARA Oktober untuk semua kategori telah dimaklumkan, bantuan akan mula disalurkan pada minggu ini.
BAYARAN BANTUAN SARA UNTUK RAKYAT
Seperti sedia maklum, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan program Sumbangan Tunai Rahmah (SARA). Bantuan SARA juga termasuk dari salah satu insentif dibawah Belanjawan 2025.
Jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini adalah sehingga RM2100 setahun tidak termasuk RM100 one-off. Pengagihan bayaran SARA disalurkan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2025.
Kategori penerima yang layak adalah dari golongan bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40, miskin dan miskin tegar. Inisiatif SARA ini tidak perlu sebarang permohonan, bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR sahaja.
KADAR BAYARAN SARA BULAN OKTOBER
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi bulan Oktober mengikut setiap kategori :
- Kategori isi rumah / keluarga : RM200 (Miskin) RM100 (bukan miskin / B40).
- Kategori warga emas : RM150 (Miskin) RM50 (Bukan miskin / B40).
- Kategori belia bujang : RM50.
Bantuan SARA ini disalurkan secara terus ke dalam mykad setiap individu yang berkelayakan. Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah ini dilakukan secara automatik setiap awal bulan.
Insentif khas ini tidak boleh ditukarkan kepada tunai kerana amaun bantuan diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad. Nilai bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.
SEMAK STATUS BAYARAN SARA OKTOBER INI
Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, anda boleh membuat semakan status bayaran bagi bulan Oktober. Untuk cek status bantuan telah dikreditkan atau belum sila layari laman portal rasmi SARA di https://sara.gov.my/
Dengan berbaki 3 lagi fasa bayaran SARA ini, bantuan akan disalurkan sehingga Disember 2025,
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan berkeperluan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk laman utama!