Jumlah bayaran STR 2025 mengikut kategori telahpun diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang bajet belanjawan. Dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya bagi golongan B40 dan M40, kadar bantuan kewangan untuk tahun hadapan telah meningkat sehingga RM4,600.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Pada tahun 2025, bayaran STR akan diperuntukkan kepada beberapa kategori yang berbeza iaitu belia bujang, isi rumah dan warga emas. Ini termasuklah individu yang memenuhi syarat tertentu serta mereka yang mengalami situasi yang mencabar dalam ekonomi.
Kementerian Kewangan telah menetapkan syarat yang jelas bagi memudahkan penerima memahami kelayakan mereka. Berikut adalah jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut kategori :
- Belia Bujang : RM600 setahun
- Isi rumah : RM1,000 – RM4,600 setahun (Kadar ditentukan mengikut kelayakan pendapatan dan bilangan anak) Jumlah termasuk bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Warga emas : RM1,050 setahun
Pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan ini bertujuan untuk meringankan beban hidup rakyat. Dengan peningkatan kadar bantuan yang diumumkan, diharapkan ia dapat membantu golongan yang paling terkesan oleh situasi ekonomi semasa.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada B40 dan M40, tetapi juga bertujuan untuk merangsang ekonomi setempat dengan meningkatkan daya beli masyarakat.
SYARAT KELAYAKAN & KEMASKINI BAYARAN STR 2025
Berikut adalah syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi program STR 2025 :
- Warganegara Malaysia
- Kategori bujang (21 tahun – 59 tahun)
- Kategori warga emas (60 tahun keatas)
- Kategori isi rumah (golongan B40 & M40)
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000.
Kaedah pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan dilakukan secara berperingkat :
- Kredit ke dalam akaun bank penerima yang mempunyai kad bank
- Tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara bagi penerima tiada kad bank.
Maklumat penting : Kerajaan telah membuka portal semakan kemaskini maklumat terkini bagi mereka yang tidak pernah lakukan selama 3 tahun berturut-turut. Pendaftaran baru dan kemaskini boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 30 November 2024.
Untuk daftar dan kemaskini maklumat anda boleh kunjungi laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang pada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.