Jadual Bayaran MyKasih 2025 Mengikut Kategori Penerima
Jadual Bayaran MyKasih 2025 – kerajaan perpaduan MADANI telah mengumumkan jadual dan jumlah bayaran MyKasih bagi tahun ini. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memberikan sokongan kewangan kepada rakyat bagi meningkatkan taraf hidup, terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Sama seperti tahun sebelumnya, pengagihan bayaran bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat setiap bulan. Kadar jumlah bayaran MyKasih pada tahun 2025 adalah sehingga RM2,100 setahun, yang merupakan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Kerajaan berharap dengan jumlah bayaran ini, ia akan dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh penerima bantuan. Proses pengagihan bayaran MyKasih bagi tahun 2025 akan dilaksanakan dengan telus dan ditingkatkan lagi efisiensinya.
Penerima yang layak akan dimaklumkan lebih awal mengenai tarikh dan jumlah bayaran yang akan diterima. Melalui langkah ini, diharapkan semua penerima dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan penggunaan dana ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
KATEGORI PENERIMA & JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025
Kepada yang tidak tahu, kelayakan utama sumbangan asas rahmah mykasih ini adalah merupakan penerima STR. Mereka yang layak adalah dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas yang berstatus B40 dan miskin/ miskin tegar.
Penerima yang nama telah didaftarkan dalam pengkalan data ekasih akan menerima bayaran bantuan bermula 15 Januari 2025. Manakala penerima STR yang tidak didaftar dalam ekasih, bayaran bantuan ini akan diagihkan pada April nanti.
Untuk lebih jelas berikut adalah jadual bayaran MyKasih 2025 mengikut kategori penerima :
- Penerima kategori miskin & miskin tegar : Bermula Januari 2025 (bantuan dikreditkan dalam mykad selama 12 bulan berturut-turut)
- Penerima kategori bukan miskin & miskin tegar : Bermula April 2025 (bantuan dikreditkan selama tempoh 9 bulan)
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYKASIH
Jika anda merupakan penerima STR, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dibuat secara dalam talian. Untuk semak status sila kunjungi laman rasmi – MyKasih 2025
Sekiranya berkelayakan, status amaun bantuan anda akan dipaparkan pada skrin.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.