Insurans Rahmah Untuk B40 telah dilaksanakan pada waktu ini dan kerajaan dicadangkan untuk memperluaskan kepada golongan M40 & T20.
INISIATIF INSURANS RAHMAH
Program pakej rahmah insurans dan rahmah takaful ini telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan kemudahan ini masih terus dilaksanakan sehingga tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Kementerian Perdagangan dan negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalu-alukan lebih ramai mengambil bahagian dalam skim ini. Bantuan insurans dibawah program payung rahmah boleh didaftar sepanjang tahun.
Apa yang lebih menarik adalah inisiatif pakej rahmah ini menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000. Banyak manfaat telah ditambah tanpa kos tambahan dengan premium tahunan pada kadar serendah RM50.
CADANGAN INISIATIF INSURAN DIPERLUASKAN
Baru-baru ini Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa golongan M40 dan T20 perlu dapat manfaat juga. Ramai dari golongan ini mendapat rawatan di hospital awam berikutan peningkatan kos rawatan.
Beliau mencadangkan agar kerajaan melaksanakan pakej insurans rahmah ini kepada kelompok B40, M40 dan T20. Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat menaikkan taraf sistem kesihatan di dalam negera ini.
Diharapkan program pakej rahmah ini dapat diperluaskan dan dilancarkan dalam tempoh masa terdekat. Segala maklumat terkini berkenaan inisiatif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.
Untuk makluman umum, berikut dikongsikan senarai program inisiatif yang ada dalam pakej payung rahmah :
- Jualan Rahmah – Akses barang keperluan harian
- Menu Rahmah – Makanan pada harga mampu milik
- Bakul Rahmah – Inisiatif bantuan barang keperluan asas
- Pakej Rahmah – Bantuan pakej internet, insurans dan takaful pada kadar harga mampu milik
- Kafe Rahmah – Pelbagai hidangan dan harga berpatutun.
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan pakej-pakej yang ditawarkan ini. Anda boleh kunjungi laman rasmi kerajaan https://manfaat.mof.gov.my/ semua butiran telah disediakan di laman tersebut.
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini kerajaan telah menyediakan bermacam kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan SEMAK DISINI sebagai rujukan!