Pada waktu ini, pihak kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dengan cara merangka pelbagai inisiatif sebagai cara keprihatinan Kerajaan kepada Keluarga Malaysia pada tahun ini. Ramai yang meluahkan masalah seperti kos sara hidup meningkat dan kenaikkan harga barang asas baru-baru ini, disebabkan itu pihak kerajaan sentiasa memperkenalkan skin dan program baru untuk rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Untuk makluman, melalui kerjasama pihak kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah Program iaitu Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP yang bertujuan bagi memastikan golongan para suri rumah diiktiraf dan kesejahteraan sumbangan mereka kepada keluarga dan pembagunan negara Malaysia.
Program insentif i-Suri ini akan memberikan pelbagai manfaat dan kelebihan kepada para suri rumah dimana ia menjanjikan jaminan simpanan masa depan dalam bentuk skim KWSP. Golongan ibu-bu juga akan menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, pengeluaran simpanan, bantuan khairat kematian dan pelepasan cukai. Ini semua tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
I-SURI KWSP
Program skim ini merupakan sebuah program berbentuk usaha sama yang membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Program I-SURI ini telah diperkenalkan pada 8 Ogos 2018 dan dilaksana bermula 15 Ogos 2018 oleh pihak KWSP. Program ini sangat bermanfaat dan disarankan setiap suri rumah untuk mendapatkannya, bantuan ini bagi menggalakan rakyat untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari akan datang atau sedang menghadapi kesukaran hidup seperti kematian suami, penceraian, hilang upaya dan sebagainya.
Individu yang layak untuk mencarum dalam skim I-Suri KWSP ialah suami kepada pasangan dan isteri.
SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP
- Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan kebawah
- Para suri rumah yang telah berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan nasional (e-Kasih) 30 November 2019
- Merupakan isteri kepada ketua isi rumah
- Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun di dalam akaun KWSP.
INSNETIF KHAS I-SURI KWSP
Pihak kerajaan telah memberikan insentif tambahan kepada ahli yang mendaftar program i-suri KWSP sebanyak RM 480 untuk setahun.
PENDAFTARAN PERMOHONAN I-SURI KWSP
Sekiranya anda berminat dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan permohonan Skim I-SURI KWSP boleh dibuat dimana-mana kaunter KWSP berdekatan anda.
Semasa menghadiri ke cawangan KWSP anda perlu sediakan dokumen penting seperti berikut :
- Kad Pengenalan pemohon
- Borang i-suri KWSP (Pendaftaran kali pertama) – KWSP 16G (M)
- Borang i-suri KWSP (Pembayaran) – KWSP 6A (2)
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program i-suri KWSP ini, anda boleh hubungi talian khas dibawah.
Nombor Telefon: 03 8922 6000
Faks: 03 8922 6222
Portal Rasmi KWSP – https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi: Isnin -Jumaat (Jam 8 pagi sehingga 5 petang) kecuali hari sabtu, ahad dan hari perlepasan AM persekutuan dan selangor.