i-saraanInisiatifKWSP

Inisiatif Khas Sebanyak RM500 untuk Golongan B40 dan M40

Inisiatif khas sebanyak RM500 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu individu daripada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas akibat pelbagai faktor ekonomi.

Melalui program skim i-saraan KWSP, diharapkan bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan.

INISIATIF KHAS SEBANYAK RM500

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tawaran yang memberi manfaat kepada rakyat. Antara yang boleh didapatkan adalah menyertai skim i-saraan KWSP yang sedang dibuka.

Program ini menawarkan kemudahan i-saraan, yang merupakan skim caruman secara sukarela bagi mereka yang tidak membuat caruman secara automatik melalui gaji. Dalam skim ini, pencarum berpeluang untuk menentukan kadar simpanan sesuai dengan kemampuan mereka.

Dengan insentif khas sebanyak 20%, inisiatif ini menambah daya tarikan untuk menyertai program simpanan ini, sekaligus meningkatkan tabungan untuk masa depan.

Pemberian RM500 kepada golongan B40 dan M40 bukan sahaja membantu mereka dalam meringankan kos sara hidup harian, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk melibatkan diri dalam pelan simpanan jangka panjang.

Dengan sokongan ini, diharapkan penerima bantuan dapat lebih bersedia menghadapi cabaran kewangan di masa hadapan. Oleh itu, manfaatkanlah peluang ini sebaik mungkin dan semoga inisiatif ini menjana kebaikan kepada semua yang berkelayakan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, setiap caruman yang anda buat berikut adalah kadar agihan ke akaun :

  • Akaun persaraan (1) : 75%
  • Akaun sejahtera (2) : 15%
  • Akaun fleksibel (3) : 10%

Nota : Kepada ahli KWSP berumur 55 tahun keatas, semua dana caruman akan dimasukkan ke dalam akaun emas.

MANFAAT & INISIATIF KHAS SKIM I-SARAAN KWSP

Di bawah adalah antara manfaat yang disediakan dalam skim i-saraan KWSP buat masa ini :

  • Terima 20% insentif khas dari jumlah caruman setahun, bantuan sehingga RM500 setahun
  • Dividen KWSP diberikan secara tahunan
  • Automatik layak menerima bantuan kematian (tertakluk kepada syarat KWSP)
  • Pelepasan cukai, bergantung pada syarat LHDN.

Kepada rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40, tidak rugi anda melibatkan diri dalam skim i-saraan KWSP kerana sangat memberi manfaat dalam kewangan. Untuk butiran lengkap dan cara daftar, sila layari laman rasmi – https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-saraan

INFO SELANJUTNYA

Kerajaan MADANI telah perkenalkan bermacam jenis kemudahan dan insentif bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button