eMadani : Senarai Penerima layak tebus bantuan kredit ewallet percuma bernilai RM100 telahpun diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman umum, program pemberian bantuan khas ini merupakan antara inisiatif yang terakhir akan diberikan pada tahun ini.
EMADANI : SENARAI PENERIMA LAYAK TEBUS
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 10 juta rakyat. Apa yang menarik adalah kerajaan telah memaklumkan bermula isnin depan (4 Disember) 2023, pendaftaran dan tuntutan boleh dilakukan secara online.
Mereka yang berkelayakan adalah berumur 21 tahun dan keatas (Dewasa) yang berada dalam golongan B40 dan M40. Kerajaan juga telah memaklumkan 4 jenis aplikasi perkhidmatan edompet yang akan terlibat untuk pilihan pengguna.
TARIKH PENDAFTARAN & TUNTUTAN PENERIMA EMADANI
Pendaftara boleh dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi edompet pilihan masing-masing bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024. Kerajaan perpaduan telah memperuntukan RM1 bilion bagi melaksanakan program istimewa ini.
Selain meringankan beban, dengan adanya insentif seperti ini secara langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Program emadani ini adalah merupakan kesinambungan kepada kejayaan program eBelia Rahmah yang dilancarkan pada Jun lalu.
KELAYAKAN SENARAI PENERIMA EMADANI
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mendapatkan bantuan khas ini seperti di bawah :
- Berusia 21 tahun dan keatas pada 1 Januari 2023
- Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan Dewasa B40 & M40
- Pendapatan tahunan di bawah RM100,000
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
PANDUAN CARA TEBUS BANTUAN EMADANI
Pihak kerajaan telah memaklumkan terdapat 4 aplikasi perkhidmatan edompet pilihan. Setiap individu yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran bermula 4 Disember nanti melalui aplikasi seperti berikut :
- Setel
- ShopeePay
- MAE
- Touch N Go eWallet
Bermula 8 pagi pada tarikh 4 Disember 2023 (Isnin) setiap individu boleh daftar, tuntut dan gunakan kredit ewallet tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khas berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.