BANTUANeTunai

E-Tunai RM200 :Minggu Terakhir Tuntutan Bantuan Kredit Percuma

E-Tunai RM200 adalah merupakan sebuah insiatif berbentuk bantuan ewallet yang diperkenalkan pada tahun 2023. Untuk makluman, minggu ini adalah minggu terakhir perlaksanaan program khas ini kepada mereka yang terlibat.

PEMBERIAN BANTUAN E-TUNAI RM200

Pada pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah bantuan dikenali sebagai eBelia Rahmah. Menerusi program khas ini, rakyat yang berkelayakan boleh dapatkan secara percuma bantuan e-tunai RM200 melalui aplikasi edompet pilihan.

Apa yang menarik adalah bantuan etunai telah dinaikkan kadar kepada RM200 ada tahun ini berbading RM150 tahun lalu. Perlaksanaan program bantuan seperti ini masih diteruskan adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai bagi rakyat Malaysia terutama golongan Belia.

KADAR BANTUAN E-TUNAI

Kepada penerima yang layak boleh tebus kredit e-tunai secara percuma. Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 setiap seorang.

TARIKH TUNTUTAN E-TUNAI

Perlaksanaan program bantuan ebelia rahmah ini telahpun dilakukan, tuntutan boleh dibuat bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Bagi individu yang telah layak tebus, amaun RM200 tersebut perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

KELAYAKAN TUNTUTAN

Berikut adalah kriteria kelayakan bagi bantuan etunai RM200 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Belia berumur 18, 19 dan 20 tahun
  • Golongan mahasiswa berstatus pelajar sepenuh masa di Institusi pendidikan tinggi tanpa mengira had kelayakan umur

CARA TEBUS E-TUNAI RM200

Kepada yang belum claim, masih belum terlambat untuk anda mendapatkan manfaat daripada inisiatif khas berjumlah RM200 ini. Panduan cara tuntut kredit percuma ini telah disediakan, sila layari laman web rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

Setiap pemohon boleh pilih aplikasi yang terlibat dalam inisiatif khas ini untuk tebus e-tunai RM200 seperti berikut :

  • Touch N Go ewallet
  • Boost
  • Setel

Seorang hanya dibenarkan memilih 1 aplikasi sahaja, tuntutan berulang tidak dibenarkan sama sekali.

INFO LANJUT

Menjelang suku keempat tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button