Daftar STR 2025 – Pendaftaran permohonan baharu dan kemaskini maklumat sumbangan tunai Rahmah (STR) kini dibuka hingga 30 November 2024. Perkara ini adalah bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menerima bantuan tunai yang diperlukan untuk sesi 2025.
DAFTAR STR 2025
Proses pendaftaran ini memberikan peluang kepada semua yang layak untuk menikmati manfaat yang disediakan. Bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran baharu, anda boleh melakukannya dengan melayari laman web rasmi MySTR.
Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan, seperti maklumat peribadi dan bukti pendapatan, untuk memudahkan proses pendaftaran. Bagi yang sudah mendaftar sebelum ini, anda juga digalakkan untuk mengemaskini maklumat sumbangan tunai Rahmah anda jika terdapat sebarang perubahan, bagi memastikan bantuan yang diberi adalah tepat dan sesuai.
Info penting : Penerima sedia ada yang tidak pernah kemaskini maklumat selama 3 tahun berturut-turut, mereka wajib kemaskini maklumat. Tujuan kemaskini adalah bagi penempatan kategori dan kadar bayaran bantuan yang bersesuaian dengan status setiap pemohon.
SYARAT KELAYAKAN & KEMASKINI MAKLUMAT STR 2025
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan pihak berwajib bagi permohonan STR :
BUJANG
- Berstatus bujang / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar sepenuh masa
- Pendapatan bulanan di bawah RM2,500
KELUARGA / ISI RUMAH
- Berstatus (berkahwin)
- Mempunyai tanggungan anak
- Pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (B40)
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000 (M40)
WARGA EMAS
- Berstatus bujang / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000.
Rakyat Malaysia juga diberi kemudahan untuk menyemak status permohonan bantuan tunai STR mereka secara dalam talian. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa setiap individu yang layak mendapat akses yang sepatutnya kepada bantuan ini.
Pastikan anda mengikuti arahan yang disediakan di laman web untuk semakan status dengan betul. Sila layari laman web rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sebagai panduan lengkap.
BUTIRAN LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info selengkapnya.