BANTUANFASA 3STR

Bayaran STR Fasa 3 : Kategori Penerima RM150 & RM200

Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat tidak lama lagi yang dijadualkan bermula bulan Julai 2023. Untuk sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya berbaki 2 fasa pembayaran sahaja lagi.

BAYARAN STR FASA 3

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pengagihan bayaran fasa ketiga akan mula dibayar pada bulan hadapan iaitu Julai 2023. Apa yang lebih menarik, bayaran kali ini akan diberikan pada kadar lebih tinggi berbanding fasa 1 dan fasa 2 yang diberikan pada bulan Januari dan April lalu.

Kadar bayaran STR fasa 3 adalah sehingga RM800 untuk kategori isi rumah (berkeluarga), jumlah amaun adalah bergantung bilangan tanggungan anak dan pendapatan bulanan. Kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data ekasih layak menerima insentif tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul.

KATEGORI PENERIMA RM150 & RM200

Untuk makluman pemberian bantuan sumbangan tunai rahmah fasa berikutnya ini akan melibatkan kadar bantuan berjumlah RM150 dan RM200 kepada kategori di bawah :

  • Kategori bujang : RM150
  • Kategori warga emas : RM200

Nota : Bagi penerima sedia ada kategori bujang, pembayaran fasa 3 adalah bayaran terakhir yang akan diterima. Pada pembayaran STR fasa 4 yang dijadualkan pada bulan November, kategori bujang tiada bayaran.

SEMAKAN STR FASA 3

Kepada penerima sedia ada bantuan tunai STR, anda boleh menyemak status bayaran anda secara online. Sila layari web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak berwajib iaitu kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button