BANTUANIPR

Inisiatif Pendapatan Rakyat Untuk Golongan B40

Inisiatif pendapatan rakyat atau lebih dikenali sebagai IPR adalah merupakan bantuan baru diperkenalkan oleh kerajaan untuk golongan B40 dan miskin tegar. Untuk sedia maklum, inisiatif ini disediakan untuk membantu rakyat yang berada dalam kolompok sasar bagi menambah pendapatakan mereka.

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT 2023

Perlaksanaan IPR ini lebih memfokuskan dengan strategi serampang 2 mata untuk membantu menambah pendapatan golongan B40 dan keluarga miskin tegar pada tahun ini. Hal ini bagi meringankan beban dan menyelesaikan masalah ekonomi (domestik) harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR yang disediakan.

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) lebih menumpukan usaha untuk membasmi kemiskinan serta tidak langsung menambah pendapatan rakyat yang terjejas. Beberapa inisiatif yang telah disediakan adalah pertanian, operator perkhidmatan dan perniagaan makanan.

Inisiatif ini sangat berguna kepada rakyat yang memerlukan untuk mengubah nasib pendapatan mereka. Program IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, masyarakat setempat dan pemegang taruh.

SYARAT KELAYAKAN IPR 2023

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bagi permohonan IPR 2023 seperti dibawah :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohon terdiri daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar.

KATEGORI IPR

Terdapat 3 jenis program IPR yang disediakan untuk permohonan seperti berikut :

  • Inisiatif Usahawan tani
  • Inisiatif Usahawan makanan
  • Inisiatif operator perkhidmatan

CARA DAFTAR PERMOHONAN IPR

Kepada golongan yang menepati syarat kelayakan dan memerlukan, anda amat disarankan membuat permohonan IPR ini kerana baru diperkenalkan oleh kerajaan. Dengan menyertai program IPR dapat menjana pendapatan dan mengubah nasib. Untuk permohonan sila layari portal rasmi IPR – DI SINI

PENERANGAN RINGKAS BANTUAN IPR

Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan IPR mengikut kategori.

INISIATIF USAHAWAN MAKANAN

  • Melalui IPR usahawan makanan, peserta boleh menjana pendapatan dengan mesin vending dimana peserta yang layak akan menerima pelbagai inisiatif kemudahan.
  • Latihan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat niaga disediakan, bantuan promosi pemasaran dan lai-lain lagi menerusi koperasi.

USAHAWAN TANI

  • Kerajaan memberi bantuan untuk tempoh pemantauan selama 24 bulan yang merangkumi penyediaan tapak infrastuktur, elaun bulanan dan latihan sementara menunggu hasil
  • Beberapa pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah syarikat pertanian, peruncitan makanan, agensi kerajaan serta koperasi.

INISIATIF OPERATOR MAKANAN

  • Memberikan kemudahan kepada peserta untuk menjadi operator kawalan kemudahan awam seperti tandas awam atau pejabat
  • Memperolehi pendapatan melalui 2 sumber iaitu kutipan harian atau mereka yang menggunakan kemudahan lain.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada inisiatif pendapatan rakyat ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button