BANTUANBKMFASA 3
Trending

Butiran Ringkas : Maklumat BKM Fasa 3 Yang Perlu Anda Ketahui

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah program bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022 yang melibatkan dana bantuan terbesar dan diberikan kepada golongan sasar iaitu kepada berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 sudah selesai disalurkan pada 28 Mac 2022. Manakala pembayaran BKM Fasa 2 sedang dalam proses bayaran diberikan bermula 27 Jun 2022. Pada pembayaran fasa 2 pihak kerajaan telah menambah bayaran tunai sebanyak RM 50 dan RM 100 kepada penerima, hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan pembelanjaan pada bulan ini.

Seperti yang sedia maklum, selepas ini adalah merupakan pembayaran BKM Fasa 3 akan diberikan. Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat ringkas berkenaan BKM fasa 3 yang perlu anda ketahui seperti berikut.

Jadual Bayaran BKM FASA 3

Untuk pengetahuan umum, secara rasmi pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran akan diberikan pada bulan September 2022. Namun begitu, tiada tarikh rasmi lagi dinyatakan, tetapi mengikut pembayaran fasa 1 dan 2, dijangkakan pembayaran fasa 3 akan diberikan pada hujung bulan seperti bayaran fasa terdahulu iaitu sekitar 26 hingga 30 September 2022.

Kalian tidak perlu risau, segala maklumat baru tentang BKM akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak kami sebagai rujukan umum.

Jumlah Kadar Bayaran BKM FASA 3

Untuk makluman, bagi jumlah kadar bayaran BKM Fasa 3 adalah bermula dari RM 150 sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan masing-masing. Namun kemungkinan akan ada penambahan bayaran bantuan di fasa 3 sama seperti fasa 2, sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak kerajaan pada masa akan datang. Bagi fasa 3, semua kategori akan terlibat iaitu bujang, isi rumah dan warga emas. Jika akan ingin membuat semakan status BKM anda, sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button