BANTUANSARASumbangan Asas RahmahTambahan

Bantuan Tambahan RM1200 : Dikreditkan Pada Bulan Hadapan

Bantuan Tambahan RM1200 akan dikreditkan secara berperingkat bermula bulan hadapan iaitu pada Januari tahun 2024. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini akan dilaksanakan memasuki tahun kedua bagi memberi manfaat kepada rakyat tempatan.

BANTUAN TAMBAHAN RM1200

Pada sidang pembentangan belanjawan 2024, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian insentif khas Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA. Insentif yang berbentuk bantuan bakul diberikan secara kredit ke dalam mykad ini amat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Pada tahun lalu pemberian Sumbangan Asas Rahmah diberikan pada kadar RM600 dan hanya kategori miskin tegar yang menerima. Apa yang menarik pada tahun ini, kerajaan telah menaikkan kadar kepada jumlah RM1200.

Bukan itu sahaja, kategori lain seperti isi rumah B40, warga emas dan belia juga bakal turut dapat gunakan manfaat pemberian bantuan tambahan SARA ini. Walaupun kadar insentif diberikan lebih rendah berbanding kategori miskin tegar, ianya tetap akan memberi manfaat kepada rakyat.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM1200

Untuk pengetahuan umum, pemberian insentif istimewa SARA ini bukan diberikan secara tunai. Ianya disalurkan secara kredit ke dalam mykad dan amaun tersebut boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah tahun 2024 akan diberikan secara berperingkat pada kadar RM100 sebulan. Pengkreditan akan bermula pada Januari sehingga Disember 2024 (Setiap bulan).

Inisiatif khas ini hanya diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Jika anda merupakan penerima STR, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan secara online.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN MYSARA

Sekiranya anda belum semak status, ianya anda boleh lakukan dengan mudah untuk ketahui sama ada berkelayakan ataupun tidak. Panduan cara semak status telah disediakan, sila layari laman rasmi MySARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button