BANTUANPPRTRUMAH

Rumah PPR Untuk Disewa Serendah RM 124 Sebulan ~ Semak Kelayakan

Tahukah anda, dalam usaha pihak Kerajaan bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah. Terdapat sebuah skim pakej berbentuk perumahan telah diperkenalkan iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa dengan bertujuan untuk penempatan semala setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah pada tahun 2022.

Untuk pengetahuan umum, kadar sewa PPR adalah serendah RM 124 sebulan dan tidak masuk kos penyelenggaraan. Di bawah telah disediakan maklumat penting berkenaan PPR untuk disewa.

Reka Bentuk PPR DIsewa

  • Kawasan Luar Bandar : Jenis perumahan teres
  • Kawasan Bandar besar : Jenis rumah bertingkat (5 – 18 tingkat)
  • Keluasan rumah : Tidak melebihi daripada 700 kaki persegi
  • Binaan : 3 bilik tidur, 1 dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air
  • Kemudahan asas sekeliling : Surau, dewan komuniti penduduk, gerai makan, tadika, kemudahan OKU, taman permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tanah lapang.

Syarat Kelayakan PPR Disewa

  1. Pemohon dan pasangan wajib merupakan Warganegara Malaysia
  2. Semasa permohonan berumur 18 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah miliki rumah sendiri
  5. Mengikut syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri masing-masing.

Cara Permohonan

Jika anda berminat dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (Online) melalui portal Rasmi TEDUH KPKT – DI SINI

Untuk carian projek perumahan yang dibuka dibawah KPKT juga boleh anda semak di laman sama dengan cara pergi ke carian projek untuk mengenal pasti pilihan PPR kawasan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lengkap berkenaan PPR Disewa, anda boleh rujuk maklumat penuh di – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button