KWSPPengeluaran Penuh

KWSP : Jenis Pengeluaran Penuh Melalui Akaun 1 & Akaun 2

KWSP : Jenis Pengeluaran Penuh yang boleh dilakukan melalui akaun 1 & akaun 2 pada tahun ini bagi ahli yang berkelayakan. Pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memudahkan pencarum untuk lakukan.

KWSP : JENIS PENGELUARAN PENUH YANG DIBENARKAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan wang mereka selagi menepati syarat yang ditetapkan. Tahukah anda sebenarnya pengeluaran wang simpanan melalui akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan secara bersyarat.

Pihak KWSP membenarkan ahli melakukan pengeluaran secara sebahagian dan sepenuhnya pada tahun ini. Kepada yang memerlukan dan berkelayakan boleh memohon untuk mengeluarkan wang simpanan mereka untuk tujuan peribadi tertentu sahaja.

Pengeluaran penuh KWSP boleh dilakukan melalui i-akaun pada tahun ini secara online. Dibawah dikongsikan senarai jenis pengeluaran penuh yang dibenarkan melalui akaun 1 dan 2 pada tahun ini.

PENGELUARAN PENUH KWSP (HILANG UPAYA)

Bagi ahli KWSP yang dilanda musibah kehilangan upaya dari segi fizikal atau mental sehingga menjejaskan melakukan pekerjaan. Mereka dibenarkan melakukan pengeluaran penuh simpanan, malah secara automatik dapat insentif tambahan bantuan hilang upaya sebanyak RM5,000 one-off.

MENINGGALKAN NEGARA MALAYSIA

Status pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke luar negara, mereka layak dan boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun 1 dan 2.

PENGELUARAN PENUH KWSP (MENINGGAL DUNIA)

Sekiranya berlaku kematian (meninggal dunia), pengeluaran penuh boleh dilakukan oleh wakil pewaris. Pihak KWSP amat menggalakan para ahli untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris untuk mengeluarkan wang simpanan tanpa sebarang masalah kesulitan.

BERUMUR 55 TAHUN & 60 TAHUN

Apabila ahli telah mencapai usia 55 tahun, secara automatik mereka boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka. Caruman yang diterima dalam akaun 1 dan 2 akan terus digabungkan di dalam akaun 55.

Manakala bagi ahli yang memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman seterusnya akan dikreditkan dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai akaun emas. Pengeluaran sepenuhnya boleh dilakukan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN PENUH

Untuk ahli KWSP yang memerlukan dan memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button