BUDI MADANI

BUDI MADANI RM200 : Mula Dibayar Pada Bulan Jun 2024

BUDI MADANI RM200 akan mula dibayar kepada pemohon yang layak pada bulan ini iaitu Jun 2024 secara menyeluruh. Untuk makluman umum, kerajaan telah memperkenalkan sebuah lagi inisiatif khas untuk memberi manfaat kepada rakyat.

BUDI MADANI RM200 SEBULAN

Dalam usaha pihak kerajaan bagi memastikan keperluan rakyat, program BUDI MADANI telah diperkenalkan baru-baru ini. Inisiatif istimewa ini adalah merupakan peruntukan subsidi bersasar kepada golongan bukan T20.

Perlaksanaan program ini adaalh sebahagian dasar komitmen kerajaan untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan rakyat.

Menerusi program khas ini, mereka yang berkelayakan akan menerima insentif bantuan subsidi secara bulanan.

KATEGORI PENERIMA BUDI MADANI

Di bawah adalah 3 kategori yang ditawarkan dalam program inisiatif khas ini seperti berikut :

BUDI INDIVIDU

  • Pemberian bantuan tunai subsidi ditawarkan kepada pemilik kenderaan jenis diesel individu dengan syarat yang ditetapkan.
  • Insentif ini sedikit sebanyak dapat menampung kenaikkan kos pengangkutan individu yang menggunakan kenderaan diesel.

MYSUBSIDI DIESEL

  • (SKDS) atau sistem kawalan diesel bersubsidi adalah sebuah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih. Mereka akan terus mendapatkan subsidi diesel melalui fleet card.

BUDI AGRI-KOMODITI

  • Bagi kategori ini bantuan tunai disediakan kepada mereka yang berada dalam golongan petani, penternak dan pekebun kecil. Mereka perlu berdaftar dengan kementerian yang terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikkan kos diesel jentera pertanian.

KRITERIA KELAYAKAN BUDI MADANI (INDIVIDU)

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai kenderaan jenis diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ
  • Mempunyai cukai jalan yang masik aktif
  • Pendapatan setahun pemohon tidak melebihi RM100,000
  • Kenderaan mewah dibawah usia 10 tahun tidak layak memohon.

PANDUAN PERMOHONAN BUDI

Untuk pengetahuan, permohonan bagi kategori Budi Agri-komoditi dan budi individu boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – BUDI MADANI

Kepada pemohon yang telah diluluskan, bayaran pertama akan dikreditkan pada pertengahan bulan Jun ini dan akan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya. Bagi mereka yang berkelayakan disarankan kemukakan permohonan untuk mendapatkan manfaat yang disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button