BUDI MADANI : JADUAL BAYARAN BANTUAN SUBSIDI RM200
BUDI MADANI : Jadual bayaran bantuan subsidi khas bulanan RM200 ini telah diumumkan oleh kementerian kewangan. Pihak kerajaan Malaysia telah melancarkan sebuah inisiatif baru yang dinamakan Program Bantuan Tunai Budi Madani.
JADUAL BAYARAN BUDI MADANI
Untuk makluman umum, pembayaran bantuan khas subsidi RM200 ini dikreditkan secara setiap bulan kepada pemohon yang layak. Pendaftaran permohonan masih dibuka kepada orang awam yang menepati kriteria kelayakan.
Program ini bertujuan untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara, dengan memberi sumbangan bulanan kepada mereka yang layak. Kadar bantuan yang ditawarkan ialah RM200 sebulan, dan program ini dijadualkan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Program Budi Madani menyasarkan semula subsidi diesel kepada tiga kategori utama. Kategori pertama adalah MySubsidi Diesel, yang dikhaskan untuk membantu mereka yang menggunakan diesel dalam aktiviti harian mereka.
Kategori kedua, Budi Agri-Komoditi, dirancang untuk memberi sokongan kepada peladang dan pengusaha pertanian. Akhir sekali, Budi Individu merangkumi bantuan langsung kepada individu yang memerlukan.
Antara kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan BUDI MADANI Individu adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Pendapatan setahun dibawah RM100,000
- Golongan B40 & M40.
TARIKH BAYARAN & PANDUAN DAFTAR BUDI MADANI
Pemohon boleh menghantar permohonan untuk Program Bantuan Tunai Budi Madani yang telah dibuka sejak 28 Mei 2024. Untuk kemaskini maklumat, tarikh pembayaran bagi bulan seterusnya akan bermula pada 8 November dan 6 Disember 2024.
Sementara itu, pembayaran untuk tahun hadapan dijadualkan bermula pada 7 Januari 2025 dan bulan-bulan berikutnya. Program ini diharapkan dapat memberikan bantuan yang berkesan kepada mereka yang memerlukan, sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan memerlukan, permohonan boleh dibuat berdasarkan kategori kelayakan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi BUDI MADANI – https://budimadani.gov.my/
BUTIRAN LANJUT
Pada tahun 2025, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.