BANTUANBMTMusimtengkujuhRISDA

BMT : Pemberian Bantuan RM800 Mula Dibayar Bulan November

BMT : Pemberian Bantuan RM800 mula dibayar secara berperingkat pada bulan November kepada rakyat yang berkelayakan. Untuk makluman, inisiatif khas ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban.

BMT : PEMBERIAN BANTUAN RM800

Salah satu inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diberikan pada tahun ini adalah Bantuan Musim Tenkujuh (BMT). Perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun ini bagi meringankan beban mereka yang terjejas pada musim tengkujuh.

Melalui program pemberian istimewa ini, mereka yang layak akan menerima imbuhan insentif berjumlah RM800 keseluruhan. Bantuan BMT ini akan dibayar secara berperingkat (4 Fasa) bermula November sehingga Februari tahun depan pada kadar  RM200 sebulan.

Apa yang menarik adalah kadar telah dinaikkan pada tahun ini berjumlah RM800 berbanding tahun lalu RM600. Dengan adanya insentif khas ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

JADUAL PEMBERIAN BANTUAN BMT MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual rasmi bayaran bantuan BMT bagi tahun ini mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bayaran Fasa 1 : Bulan November 2023 (RM200)
  • Bayaran Fasa 2 : Bulan Disember 2023 (RM200)
  • Bayaran Fasa 3 : Bulan Januari 2024 (RM200)
  • Bayaran Fasa 4 : Bulan Februari 2024 (RM200)

Semua pengagihan bayaran BMT akan diberikan secara pemindahan dana elektronik (EFT) terus ke dalam akaun penerima yang layak.

KELAYAKAN BANTUAN BMT RM800

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan bantuan BMT ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil atau penoreh getah berdaftar dengan RISDA
  • Mematuhi terma dan syarat mengikut kategori (Pekebun kecil/ penoreh getah)

SEMAKAN STATUS BANTUAN BMT 2023

Untuk semakan status, anda boleh membuat semakan secara online. Sila layari laman rasmi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA – DI SINI

Info : Tarikh permohonan BMT dibuka pada 15 jun 2023 dan telah ditutup pada 15 September lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BMT, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button