BKM Tambahan RM500 : Semak Kategori Yang Layak
BKM tambahan RM500 adalah merupakan bayaran lebih kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun 2022. Untuk sedia maklum, bukan semua kategori yang akan menerima bayaran tambahan ini. Ianya terhad kepada penerima yang berkelayakan.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini telah diperkenalkan pada tahun 2022 oleh pihak kerajaan. Untuk sedia maklum, bantuan ini telah melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Bantuan BKM ini diberikan kepada hampir mejoriti rakyat Malaysia terutama kepada golongan sasar iaitu b40 dan miskin tegar.
Tidak ketinggalan golongan m40 juga terlibat tetapi jumlah bayaran adalah lebih rendah berbanding kategori lain. Hal ini kerana bantuan ini lebih memfokuskan kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini.
Untuk sedia maklum, menerusi program BKM ini terdapat bayaran bantuan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada kategori tertentu.
KATEGORI LAYAK MENERIMA BAYARAN TAMBAHAN
Bagi pengetahuan umum, bayaran tambahan tunai BKM hanya diberikan kepada kategori isi rumah yang berstatus (IBT) ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan kategori warga emas.
KADAR BAYARAN TAMBAHAN
Di bawah adalah kadar bayaran bkm tambahan yang diberikan kepada kategori seperti berikut:
- Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM 500
- Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Warga Emas akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM 300.
JADUAL PEMBAYARAN
Untuk makluman, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini disalurkan secara berperingkat seperti jadual dibawah:
- Fasa 1 : Pembayaran bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat
- Fasa 2 : Pembayaran bermula bulan Jun 2022 secara berperingkat
- Fasa 3 : Pembayaran bermula bulan September 2022 secara berperingkat
- Fasa 4 : Pembayaran bermula bulan Disember namun telah diawalkan pada 15 November 2022 secara berperingkat.
CARA SEMAK STATUS BAYARAN
Bagi anda yang ingin semak sama ada layak menerima bayaran tambahan RM 500 atau tidak. Sila layari portal rasmi MyBKM – SEMAK DISINI
Untuk penerima BKM yang tiada akaun bank, anda boleh tebus bayaran bantuan di cawangan BSN berhampiran anda mengikut jadual pembayaran.
INFO LANJUT
Selain daripada bantuan BKM dan tambahan ini, terdapat bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi golongan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – KLIK DISINI untuk rujukan.