BANTUANFasa 2STR

Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Senarai Bank

Bayaran STR fasa 2 mengikut senarai bank akan dilakukan secara berperingkat pada minggu ini ke seluruh penerima yang layak. Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan tunai rahmah (STR) kini telah memasukan pembayaran buat kali kedua.

BAYARAN STR FASA 2

Pembayaran kali ini akan melibatkan semua kategori iaitu isi rumah, bujang serta warga emas. Kadar bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM100 kepada warga emas dan bujang manakala bagi isi rumah terima sebanyak RM200.

Kaedah bayaran STR ini akan diagihkan secara 2 cara iaitu kredit terus ke dalam akaun bank penerima dan tebus tunai di cawangan BSN berhampiran bagi penerima tiada kad bank.

Bagi penerima inisiatif bantuan sumbangan tunai rahmah yang menggunakan kad bank simpanan nasional (BSN) seperti sebelum ini bayaran didahulukan kepada pemegang kad BSN. Jadual bayaran telah disediakan dibawah untuk rujukan umum.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 MENGIKUT SENARAI BANK

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan tarikh bayaran mula dikreditkan mengikut senarai bank seperti di bawah :

  • Bank Simpanan Nasional : Bermula 4 April 2023
  • Maybank : Bermula 5 April 2023
  • Bank Rakyat : Bermula 5 April 2023
  • Bank Islam : Bermula 5 April
  • Bank Muamalat : Bermula 5 April
  • CIMB Bank : Bermula 5 April 2023
  • Dan lain-lain bank : Bermula 5 April 2023

Nota : Pembayaran STR fasa kedua ini akan disalurkan secara beperingkat dan dijangka akan selesai sebelum hari raya aidilfitri.

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Kepada penerima sumbagan tunai rahmah (STR) bermula 5 April bersamaan hari rabu anda boleh menyemak status bayaran fasa 2 melalui laman rasmi MySTR – DI SINI

Bagi penerima tiada kad bank, anda boleh mula tebus secara tunai di cawangan BSN berdekatan anda pada tarikh yang sama. Sila membawa kad pengenalan untuk membuat tebusan bayaran bantuan fasa kedua.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada STR fasa 2 ini, terdapat inisiatif berbentuk bantuan kewangan lain yang dibayar oleh kerajaan pada bulan ini sempena menyambut aidilfitri yang bakal tiba. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button