BANTUANFasa 4STR

STR Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR fasa 4 adalah merupakan insiatif berbentuk bantuan kewangan peringkat terakhir yang akan dibayar pada bulan November 2023. Untuk makluman, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa jumlah bayaran mengikut kategori adalah berbeza.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Program bantuan kewangan khas untuk rakyat Malaysia ini yang lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Suka dimaklumkan bahawa pembayaran STR tahun ini akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa.

STR telah dijenamakan semula dari bantuan keluarga Malaysia (BKM) pada tahun lalu. Lebih menarik pada tahun ini kerajaan telah menawarkan insentif STR tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan makanan asas kepada penerima sedia ada kategori isi rumah miskin tegar.

Kadar jumlah keseluruhan STR 2023 diberikan sehingga RM2,500 tidak termasuk bantuan tambahan RM600. Jumlah yang akan diterima adalah tertakluk kepada kategori kelayakan.

SEMAKAN STR FASA 4

Untuk sedia maklum, pada bulan Januari, April dan Julai, pembayaran STR fasa 1 hingga fasa 3 telah dibayar. STR fasa 4 adalah merupakan pembayaran kali terakhir yang akan dibayar pada bulan November nanti.

Amaun kadar bayaran yang akan diterima pada pemberian STR fasa 4 nanti adalah lebih tinggi berbanding fasa-fasa sebelum.

JUMLAH BAYARAN FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI ISI RUMAH (RM2,500) B40

  • Tiada anak : RM200
  • Bilangan anak (1-2) : RM600
  • Bilangan anak (3-4) : RM900
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (RM5,000) M40

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Bilangan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Bilangan anak (3-4) : RM300
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

Nota : Pembayaran fasa akhir STR hanya melibatkan 2 kategori sahaja iaitu isi rumah dan warga emas. Bagi kategori bujang dibayar sehingga fasa 3 sahaja.

Jadual tarikh bayaran STR fasa 4 akan bermula pada November 2023, kaedah pembayaran adalah secara tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank. Pengkreditan ke dalam akaun bank bagi penerima sedia ada yang mempunyai kad bank.

KEMASKINI STR 2023

Kepada penerima sedia ada STR 2023, anda boleh membuat semakan status STR anda secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Tahun ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat terutama yang terjejas dan memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button