
Bayaran Duit STR ; Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan disalurkan kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada belanjawan tahun ini dan diperkenalkan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat sepanjang tahun ini.
BILA BAYARAN DUIT STR FASA KETIGA AKAN DIKREDITKAN?
Mengikut jadual asal, pembayaran bantuan tunai STR fasa ketiga ini dijadualkan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2025. Penyaluran bantuan ini adalah langkah penting dalam memastikan orang ramai dapat memenuhi keperluan harian mereka.
Pembayaran akan diberikan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu insentif yang dirangka di bawah bajet belanjawan ini untuk membantu rakyat yang terkesan oleh pelbagai cabaran ekonomi.
Bayaran ini diharapkan dapat memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan, termasuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Dengan adanya bantuan ini, kerajaan berharap golongan terjejas dapat menikmati peningkatan kualiti hidup dan ekonomi yang lebih stabil.
SIAPA LAYAK MENERIMA BAYARAN STR FASA 3?
Seperti yang telah dimaklumkan, penerima bayaran STR 2025 adalah dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas. Berikut dikongsikan jangkaan kategori penerima dan jumlah bayaran STR fasa 3 :
- Isi rumah B40 / Gaji dibawah RM2,500 : Sehingga RM650
- Isi rumah M40 / Gaji dibawah RM5000 : Sehingga RM500
- Warga emas : RM200
- Bujang : RM150.
Nota : Kadar jangkaan bayaran fasa ketiga diatas tidak termasuk bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Antara bank-bank yang menerima bayaran kredit awal STR adalah seperti ;
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Maybank
- RHB Bank
- CIMB Bank
- Bank Islam
- Bank Rakyat.
Jangkaan tarikh bayaran STR fasa ketiga adalah pada minggu pertama bulan Ogos sekitar 1 – 9 haribulan. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman dari pihak kerajaan atau kementerian kewangan.
WAJIB KEMASKINI STATUS & SEMAKAN BAYARAN STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini perlu dilakukan bagi memudahkan urusan pembayaran dilakukan. Untuk semakan status bayaran dan kemaskini, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2025
BANTUAN-BANTUAN LAIN
Sepanjang tahun ini kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai program bantuan khusus untuk meringankan beban golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan boleh anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.