Bayaran BUDI MADANI RM200 Mula Disalurkan Hari Ini
Bayaran BUDI MADANI RM200 bagi fasa bulan Februari telah mula disalurkan hari ini secara berperingkat seluruh negara. Program ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Sebanyak RM200 sebulan akan diberi kepada pemohon yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan mereka.
BAYARAN BUDI MADANI RM200 FEBRUARI
Berdasarkan makluman terkini, bayaran bantuan tunai bagi bulan ini telah pun disalurkan secara berperingkat pada 7 Februari 2025. Ini adalah merupakan peluang penting bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan ini dan kami menggalakkan agar semua pemohon menyemak status mereka secepat mungkin.
Jangan risau jika anda terlepas pandang, pendaftaran permohonan bagi program Budi Madani dibuka sepanjang tahun ini. Oleh itu, anda masih mempunyai peluang untuk memohon, Bagi individu yang layak, bantuan kewangan ini akan dikreditkan pada bulan berikutnya.
Dengan adanya program ini, harapan kami adalah untuk menyediakan sokongan kepada individu dan keluarga yang memerlukan. Jadi, jangan ragu untuk mendaftar jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan.
Jika anda kemukakan permohonan pada bulan ini dan lulus, bantuan ini akan disalurkan secara terus ke dalam akaun pada bulan berikutnya.
Insentif bantuan bulanan ini adalah khusus disediakan kepada golongan penternak, pekebun kecil, petani dan pemilik kenderaan menggunakan minyak diesel. Untuk semakan lebih terperinci berkenaan program khas ini, sila kunjungi laman rasmi BUDI MADANI – https://budimadani.gov.my/ untuk info selengkapnya.