Bayaran Bantuan RM900 Fasa 2 Program Sentuhan Kasih Rakyat

Bayaran bantuan RM900 fasa 2 Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada individu dan keluarga yang menghadapi cabaran ekonomi.
Pada bulan ini, bayaran bantuan RM900 fasa 2 telah mula disalurkan kepada penerima yang layak, sebagai usaha bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.
BAYARAN BANTUAN RM900 FASA 2 (MEI / JUN)
Kerajaan negeri telah memperkenalkan program sentuhan kasih rakyat pada tahun 2025. Bantuan ini disediakan khusus kepada golongan memerlukan seperti miskin dan miskin tegar.
Tujuan utama perlaksanaan program bantuan tunai ini adalah untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah. Dengan adanya bantuan kewangan ini, diharapkan penerima dapat memperbaiki taraf hidup mereka dan memenuhi keperluan asas keluarga.
Selain itu, bantuan ini juga membantu merangsang ekonomi setempat, di mana penerima dapat menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan harian. Bagi mereka yang ingin memohon atau menyemak kelayakan untuk bantuan ini, proses semakan boleh dilakukan secara dalam talian.
Laman web rasmi menyediakan panduan yang jelas tentang cara untuk mendaftar dan syarat-syarat kelayakan – SENTUHAN KASIH RAKYAT . Program ini terbuka kepada golongan yang benar-benar memerlukan, untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak dan paling memerlukan.
Pastikan semua dokumen diperlukan disiapkan untuk mempercepatkan proses pengesahan pendaftaran permohonan. Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam program ini adalah seperti ;
- Bantuan keperluan asas
- Meringankan beban kewangan
- Menjalani kehidupan lebih selesa.
JADUAL & KADAR BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH
Sebagai panduan, dibawah disediakan jadual dan kadar bayaran bantuan khas ini megikut fasa :
- Fasa pertama : Januari – Mac 2025 (RM900) pakej raya aidilfitri
- Fasa kedua : April – Jun 2025 (RM900) Pakej keamatan
- Fasa ketiga : Julai – September 2025 (RM900) Pakej sambutan merdeka
- Fasa keempat : Oktober – Disember 2025 (RM900) Pakej krimas.
Nota : Program ini ditawarkan khusus kepada rakyat Malaysia berstatus penduduk negeri Sabah. Untuk mendaftar dan semak kelayakan, sila layari laman rasmi Sentuhan kasih rakyat yang disediakan diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan kerajaan MADANI sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.