BANTUANFasa 1FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Fasa 1 KWSP Melalui FSA2 : Semak Kelayakan

Pengeluaran fasa 1 KWSP melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kini dibenarkan kepada ahli/ pencarum yang memerlukan. Untuk makluman, kemudahan ini telah diperkenal dan dilaksanakan pada bulan April 2023.

PENGELUARAN FASA 1 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bersetuju untuk melancarkan kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP bersyarat FSA2. Perlaksanaan kemudahan ini bagi membantu ahli yang ingin membuat pembiayaan peribadi.

Pengeluaran KWSP Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan secara 2 fasa. Buat masa ini permohonan pengeluaran fasa 1 boleh dilakukan oleh ahli yang berkelayakan.

Bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1, permohonan telah dibuka bermula 7 April lalu. Ahli yang menepati kriterian kelayakan boleh memohon pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang terlibat dalam program kemudahan FSA2 KWSP iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pengeluaran fasa 1 melalui FSA2 seperti berikut :

  • Terbuka kepada ahli KWSP
  • Berumur 40 tahun sehingga 55 tahun
  • Mempunyai simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP
  • Menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan
  • Membuat semakan awal dalam akaun 2 KWSP
  • Permohonan boleh dibuat sekali sahaja

Nota : Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa pengeluaran FSA2 KWSP fasa 2 nanti akan dibuka untuk ahli yang berumur 40 tahun ke bawah.

KADAR PEMBIAYAAN YANG DIBENARKAN

Melalui kemudahan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 ini, jumlah kadar pembiayaan yang dibenarkan adalah dari RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah bergantung/ tertakluk kepada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP pemohon.

TARIKH PERMOHONAN FASA 1

Bagi pengetahuan umum, buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang terlibat bagi program kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP FSA2. Tarikh permohonan dibuka adalah seperti di bawah :

  • MBSB : Permohonan dibuka bermula 7 April 2023
  • Bank Simpanan Nasional : Permohonan dibuka bermula 15 April 2023

Kepada ahli yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN

Kepada ahli yang benar-benar memerlukan kewangan, anda boleh membuat permohonan pembiayaan pengeluaran fasa 1 KWSP bersyarat FSA2 ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila ke laman utama FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button