BANTUANFASA 3STR 2025

Bayaran Bantuan Duit STR Fasa 3 Dikreditkan Bulan Hadapan

Bayaran bantuan duit STR Fasa 3 yang sangat dinanti-nantikan, dijadualkan untuk dikreditkan pada bulan hadapan secara berperingkat. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh situasi ekonomi semasa dan memastikan penyaluran bantuan secukupnya.

BAYARAN BANTUAN DUIT STR TAHUN 2025

Kerajaan MADANI telah melaksanakan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Program STR ini merupakan bantuan kewangan yang memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia.

Bantuan ini diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Golongan yang layak menerima insentif ini adalah B40, M40 dan miskin.

Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat untuk memastikan bahawa semua golongan yang layak menerima bantuan berkenaan. Proses ini juga membolehkan pihak berkuasa untuk menilai dan mengesahkan kelayakan penerima melalui sistem yang telah ditetapkan.

Bagi bayaran STR fasa berikutnya akan dikreditkan pada bulan Ogos 2025 mengikut jadual asal dari Kementerian Kewangan. Pengumuman rasmi mengenai tarikh dan proses pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat.

KADAR BAYARAN DUIT STR FASA 3

Berdasarkan tahun lalu, kadar bayaran STR fasa 3 akan disalurkan dari RM100 sehingga RM650. Berikut adalah jangkaan bayaran STR fasa 3 mengikut kategori penerima ;

  • Bujang : RM150
  • Warga emas : RM200
  • Isi rumah : RM100 – RM650 (jumlah bergantung bilangan tanggungan anak).

Nota : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ketiga akan dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan hadapan (Ogos) 2025. Segala maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran akan dikemaskini diri semasa ke semasa.

str 2025

JADUAL BAYARAN DUIT STR 2025

  • Fasa pertama : Januari 2025
  • Fasa kedua : April 2025
  • Fasa ketiga : Ogos 2025
  • Fasa keempat : November 2025.

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS DUIT STR

Bagi mereka yang mempunyai sebarang perubahan maklumat seperti bujang ke berkahwin, kemaskini maklumat perlu dilakukan bagi mendapatkan jumlah bantuan yang bersesuaian. Untuk semakan status bayaran setiap fasa dan kemaskini, sila layari laman portal rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Back to top button