Baucar Perlindungan Tenang Disediakan secara percuma untuk semua penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman umum, program inisiatif berbentuk baucar insurans ini adalah sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2025.
PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG
Kerajaan telah menawarkan baucar RM30 percuma kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah menerusi perlindungan tenang 3.0. Inisiatif terbaru ini memberi manfaat kepada kelompok B40 dan M40 bagi mendapatkan perlindungan kewangan dengan kos yang rendah.
Bagi pengetahuan umum, peruntukan sebanyak RM60 juta disediakan dalam program baucar perlindungan tenang 3.0 pada tahun ini. Semua warganegara Malaysia berstatus penerima STR boleh mendapatkan perlindungan insurans hayat, takaful keluarga, medikal kad dan polisi kemalangan peribadi pada harga yang jauh lebih murah dari pasaran.
Program seperti ini sangat memberi manfaat kepada rakyat dan perlu diketahui secara umum agar lebih ramai akan mendapatkannya. Kerajaan memberi subsidi dalam bentuk banucar RM30 kepada setiap penerima STR untuk membeli produk insurans dan takaful dengan minimum RM50 setahun.
PERBEZAAN KADAR BAUCAR PERCUMA
Berikut adalah perbezaan kadar baucar perlindungan yang ditawarkan :
- Program perlindungan tenang 1.0 : Tahun 2021 (RM50)
- Program perlindungan tenang 2.0 : Tahun 2022 -2024 (RM75)
- Program perlindungan tenang 3.0 : Tahun 2025 (RM30).
Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah :
- Tawaran kepada warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025
- Berada dalam kategori bujang, warga emas dan isi rumah.
Nota : Sama ada pekerja dalam sektor swasta atau kerajaan, selagi merupakan penerima STR anda boleh dapatkan manfaat dari program ini.
CARA TUNTUT BAUCAR TENANG
Semakan status kelayakan dan tuntutan baucar boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian. Berikut disediakan panduang lengkap untuk membuat semakan dan tuntutan :
- Langkah pertama anda perlu membuat semakan kelayakan melalui – https://www.myptv.my/
- Masukkan nombor kad pengenalanan untuk semakan dan pengesahan dan pastikan anda adalah penerima STR 2025
- Jika layak anda boleh pilih produk insurans yang disediakan (minimum RM50 setahun)
- Senarai produk yang ditawarkan anda boleh rujuk di – https://www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/
- Sebelum membuat tuntutan, pastikan anda bandingkan manfaat dari tawaran pelbagai syarikat
- Jika telah membuat keputusan, anda boleh gunakan baucar RM30 tersebut di produk yang anda pilih.
Program seperti ini sangant memberi manfaat kepada penduduk Malaysia terumata golongan B40 kerana pada masa kini insurans sangat penting bagi setiap individu.
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan bermacam kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!