Bantuan Zakat Selangor merupakan inisiatif yang dirangka untuk membantu golongan asnaf yang layak menerima bantuan. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dan memastikan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.
Zakat mempunyai peranan penting dalam masyarakat Islam dan membantu mencipta kesejahteraan.
PROGRAM BANTUAN ZAKAT SELANGOR
Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengalu-alukan kepada penduduk dan golongan memerlukan untuk memohon. Pelbagai bantuan kewangan disediakan dibawah LZS yang boleh dimohon pada tahun ini.
Untuk layak menerima bantuan zakat, pemohon harus memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Majlis Zakat Selangor. Kelayakan ini biasanya melibatkan beberapa faktor seperti status kewangan, jenis asnaf, dan keperluan mendesak.
Oleh itu, adalah penting untuk menyemak syarat kelayakan yang ada sebelum membuat permohonan. Para pemohon perlu memastikan yang mereka bukan sahaja memenuhi syarat kewangan tetapi juga berhak berdasarkan kriteria asnaf yang ditetapkan.
Antara jenis bantuan yang disediakan dan boleh dimohon adalah seperti ;
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan perubatan
- Bantuan pendidikan anak
- Bantuan perumahan
- Bantuan musibah
- Bantuan perniagaan.
SEMAK KELAYAKAN MOHON BANTUAN ZAKAT
Berikut adalah beberapa kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan ;
- Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor
- Pemohon terdiri dari golongan kategori asnaf (fakir, miskin dan berkeperluan)
- Memenuhi syarat tambahan mengikut jenis bantuan yang ingin dimohon.
CARA MOHON BANTUAN ZAKAT
Proses permohonan bantuan zakat di Selangor adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian atau secara manual di pejabat daerah. Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang tersedia di laman web https://www.zakatselangor.com.my/ .
Pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi dengan tepat untuk mempercepatkan proses permohonan. Setelah borang dihantar, pemohon boleh mengesahkan status permohonan mereka melalui laman web yang sama.
Diharapkan dengan langkah-langkah yang jelas ini, lebih banyak asnaf dapat membuat permohonan dan menerima bantuan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan negeri dan persekutuan telah sediakan pelbagai program kemudahan bantuan khusus untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.