BANTUANJKMWarga Emas

Bantuan Warga Emas 2024 ~ RM500 Dikreditkan Secara Bulanan

Bantuan Warga Emas 2024 ~ Bayaran insentif tambahan berjumlah RM500 dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang layak. Program BWE ini adalah merupakan sebahagian inisiatif bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN WARGA EMAS 2024

Pihak kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program skim bantuan bulanan kepada umum. Bantuan Warga Emas atau BWE ini memberikan manfaat kepada penerima pada kadar RM500 sebulan.

Perlaksanaan program bantuan khas BWE ini masih terus dilaksanakan bagi sesi 2024 adalah bagi membantu meringankan beban rakyat. Bantuan RM500 sebulan ini disediakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM.

Dengan adanya perlaksanaan program istimewa ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dan masyarakat. Untuk makluman, permohonan bantuan warga emas ini dibuka sepanjang tahun kepada warganegara yang menepati kriteria kelayakan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Berikut adalah beberapa syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas RM500 sebulan yang telah ditetapkan seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Berumur 60 tahun dan keatas
  • Warga emas / orang tua
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pemohon tidak tinggal atau menetap di mana-mana pusat institusi kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma

Info : Perlaksanaan mana-mana program bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Hal ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE 2024

Kepada yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini bagi dapatkan manfaat daripada program bantuan ini. Untuk butiran terperinci dan panduan lengkap cara mohon, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Tahun 2024, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button