BANTUANSARA

Bantuan RM2100 untuk Keluarga Melalui Program SARA

Bantuan RM2100 untuk keluarga merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kewangan. Program ini dirancang untuk memberikan sokongan kepada mereka yang berstatus rendah agar dapat memenuhi keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Bantuan ini juga bertujuan untuk merangsang pemulihan ekonomi di kalangan keluarga yang terjejas.

BANTUAN RM2100 UNTUK 1 KELUARGA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan inisiatif tambahan yang diberikan kepada penerima STR. Jumlah bayaran bantuan diberikan sehingga RM2100 setahun, kadar ditentukan mengikut kategori seperti dibawah :

  • Kategori keluarga miskin : RM2100 setahun
  • Kategori keluarga B40 : RM900 setahun
  • Kategori warga emas miskin : RM1650 setahun
  • Kategori warga emas B40 : RM450 setahun
  • Kategori bujang miskin : RM600 setahun.

Tujuan utama program SARA adalah untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga yang berpendapatan rendah. Dengan menerima bantuan ini, mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan harian, pendidikan, dan juga kesihatan.

Program ini penting kerana ia bukan saja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga berfungsi sebagai mekanisme sokongan sosial agar para penerima tidak merasa terasing dalam komuniti mereka.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN KELUARGA RM2100

Pemberian bantuan RM2100 adalah secara automatik dan terbuka kepada semua keluarga yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk memastikan yang anda layak, semak syarat kelayakan yang biasanya merangkumi pendapatan isi rumah dan jumlah tanggungan.

Bagi pengetahuan umum, SARA hanya diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja. Jika anda penerima STR 2025, semakan status bayaran SARA boleh dibuat melalui laman portal rasmi – MySARA 2025

Untuk makluman umum, insentif SARA ini dikreditkan ke dalam mykad setiap penerima secara berperingkat sepanjang tahun. Kredit akan disalurkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2025.

Amaun yang diberikan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh negara.

LEBIH INFO

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button