BANTUANMySARA

Bantuan MySARA Terbaharu Untuk Kategori Bukan Miskin

Bantuan MySARA terbaharu kini telah mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima, dengan jumlah sebanyak RM50, RM100, dan RM200 sebulan. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan yang lebih baik kepada individu yang memerlukan dan telah menunjukkan sokongan kepada penerima sedia ada sumbangan tunai Rahmah (STR).

BANTUAN MYSARA TERBAHARU DIPERLUASKAN

Bukan sahaja jumlah bantuan meningkat, tetapi kadar penerima sumbangan asas Rahmah (SARA) juga telah dinaikkan secara drastik daripada 700,000 kepada 5.4 juta. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan kewangan.

Langkah ini diambil sebagai respons kepada keperluan masyarakat yang semakin meningkat, terutama dalam keadaan ekonomi semasa. Penyaluran inisiatif MySARA sesi kedua ini akan melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja kategori miskin tegar, golongan B40 atau bukan miskin juga akan menerima manfaat daripada bantuan ini. Untuk sedia maklum, pengkreditan secara automatik akan disalurkan secara terus ke dalam IC / Mykad sehingga penghujung tahun ini.

KADAR BAYARAN MYSARA TERBAHARU MENGIKUT KATEGORI

Menariknya, bayaran Mysara juga telah diperluaskan kepada RM200 dan kini merangkumi kategori penerima bukan miskin. Pendekatan ini membolehkan lebih ramai individu yang mungkin tidak secara langsung dianggap sebagai golongan miskin, tetapi masih memerlukan bantuan, dapat menikmati manfaat bantuan kewangan ini.

Dengan langkah-langkah ini, diharapkan lebih banyak rakyat Malaysia dapat terbantu untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka. Sebagai rujukan, dibawah disediakan kadar bayaran terkini MySARA mengikut kategori yang telah dimaklumkan kerajaan :

  • Isi rumah (bukan miskin) : RM100 sebulan
  • Isi rumah (miskin & miskin tegar) : RM200 sebulan
  • Warga emas (bukan miskin) : RM50 sebulan
  • Warga emas (miskin & miskin tegar) : RM150 sebulan
  • Bujang (bukan miskin) : RM0 (tiada bayaran)
  • Bujang (miskin & miskin tegar) : RM50 sebulan

Nota : Kadar bayaran diatas mula dikreditkan dari April sehingga Disember tahun ini secara automatik ke dalam MyKAD. Amaun yang diberikan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas rumah di pasaraya dan kedai runcit.

Jika anda merupakan penerima STR tahun ini dan belum membuat semakan status, anda boleh cek secara online untuk memastikan sama ada layak atau tidak. Untuk butiran lengkap dan semakan, sila layari laman web rasmi – MyKASIH 2025

INFO SELANJUTNYA

Kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button