Bantuan KISS RM200 adalah merupakan inisiatif khas yang disediakan pihak kerajaan negeri untuk mereka yang memerlukan terutama dari golongan b40. Untuk sedia maklum, pada tahun 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan-bantuan baru seperti STR.
Terdapat juga bantuan lama dan masih diteruskan pada tahun ini. Salah satu yang masih disediakan adalah Program bantuan KISS yang bernilai RM200. Kepada pemohon yang layak anda menerima bayaran bantuan sebanyak RM200 setiap bulan.
BANTUAN KISS
Untuk makluman, program bantuan kasih ibu smart Selangor atau lebih dikenali sebagai KISS adalah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor. Program kebajikan ini khusus untuk para ibu di dalam kalangan berpendapatan rendah atau b40.
Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas seperti BINGKAS. Objektif utama perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.
MANFAAT BANTUAN KISS
Berikut adalah faedah dan manfaat yang boleh didapatkan kepada penerima yang layak :
- Kepada pemohon yang layak akan menerima Kad KISS
- Banyaran akan dikreditkan ke dalam kad KISS
- Kad KISS boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar
- Pembelian barang asas terhad sebanyak RM200 sebulan
- Urus pembelian secara cashless (tanpa tunai)
- Baki kredit bulan sebelum tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Bantuan KISS ditambah nilai secara automatik setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan KISS RM200 seperti dibawah :
- Berstatus Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan wanita berkeluarga (status berkahwin atau ibu tunggal)
- Mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,000
- Anak Selangor atau menetap melebihi 10 tahun
- Berdaftar sebagai penerima BSH di bawah kategori pendapatan RM2,000
- Tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.
DAFTAR PERMOHONAN
Kepada anda yang berminat mencuba nasib mohon bantuan KISS ini, sila layari laman rasmi KISS – DI SINI panduan daftar permohonan telah disediakan di halaman tersebut.
INFO LANJUT
Selain dari bantuan KISS RM200 ini, terdapat lebih banyak insiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri lain dan persekutuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.