i-AkaunKWSP

Cara Mudah Daftar Dan Log Masuk i-Akaun KWSP Untuk Semakan Penyata

Panduan Daftar & Log Masuk i-Akaun Pertama Kali

Untuk sedia maklum, sebelum ahli log masuk i-akaun. Terdapat beberapa langkah penting yang perlu anda lakukan sebelum membuat semakan penyata KWSP secara online. Lankah ini amat penting dan sekiranya tidak diikuti anda tidak boleh log masuk ke ke laman utama seperti berikut.

Sila dapatkan ID dan Kata Laluan sementara bagi semakan penyata KWSP

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum log masuk. Sila dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi pihak KWSP di talian khas 03 8922 6000. Sekiranya anda gagal menghubungi, anda perlu membuat pendaftaran di mana-mana kaunter atau kiosk KWSP berdekatan.

Sila Aktifkan i-Akaun KWSP

Selepas verifikasi telah anda lakukan, pihak KWSP akan menghantar pengesahan butiran kepada anda secara SMS. Sila aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima anda di laman rasmi KWSP.

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI
  2. Pilih log masuk i-akaun (Ahli)
  3. Sila isi ID sementara dan klik “Seterusnya”
  4. Kemudian isi kata laluan dan klik “Log Masuk”
  5. Sila baca terma dan syarat kemudian tekan “Setuju” dan “Seterusnya”
  6. Kemudian sila ubah ID sementara kepada yang dikehendaki, Pengubahan ID yang baru hanya boleh dibuat hanya 1 kali sahaja semasa pengaktifan. Anda perlu pilih ID yang tepat dan ringkas bagi mudah diingati sesuai dengan pilihan anda
  7. Seterusnya isi kata laluan baru yang bersesuai pilihan anda
  8. Pilihan imej keselamatan sebagai pengesahan
  9. Masukkan frasa rahsia, sila simpan dengan baik frasa ini kemudian klik “Seterusnya”
  10. Kemudian anda akan dibawa ke paparan skrin yang menyatakan pengaktifan anda telah berjaya dibuat.

Peringatan : Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 30 hari. Sekiranya pengaktifan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, anda perlu mendapatkan ID dan kata laluan sementara semula.

Selepas selesai, anda sudah boleh teruskan untuk mendapatkan semakan penyata. Sila log masuk i-akaun KWSP menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Klik pada “My Account” dan sila download penyata KWSP yang terbaru. Anda boleh pilih untuk print penyata tersebut.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Semakan status permohonan pengeluaran
  • Permohonan pengeluaran
  • Membuat semakan informasi / maklumat berkaitan dengan nomination
  • Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP.

Panduan Mudah Semak Penyata KWSP Melalui i-Akaun Secara Online

  • Sila log Masuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI
  • Masukkan ID pengguna dan Kata laluan yang telah ditetapkan
  • Tekan pada “Akaun Peribadi”
  • Kemudian pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan klik “Cari”
  • Butiran maklumat penyata akaun KWSP anda akan dipaparkan di skrin anda
  • Penyata akaun 1 dan akaun 2 KWSP berserta jumlah amaun akan dipaparkan secara terperinci untuk rujukan semakan anda.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai kemudahan, Program dan Inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button