BANTUANPendidikanYayasan

Bantuan Kewangan Khas Yayasan Sarawak Untuk Pelajar IPT

Bantuan kewangan khas Yayasan Sarawak disediakan untuk membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melalui pelbagai inisiatif kewangan. Bantuan kewangan khas untuk tahun 2025 bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar agar mereka dapat fokus kepada pembelajaran tanpa tekanan berkaitan kewangan.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pengembangan modal insan negeri Sarawak.

BANTUAN KEWANGAN KHAS YAYASAN SARAWAK

YAYASAN SARAWAK

Bantuan kewangan ini bersifat sejagat dan terbuka kepada semua pelajar IPT yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Antara faedah yang ditawarkan termasuk biasiswa, bantuan dan pinjaman pendidikan dengan kadar faedah yang minimum.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan sokongan kewangan yang berkelanjutan, menggalakkan pencapaian akademik, dan memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat masalah kewangan.

SENARAI INSENTIF BANTUAN BAWAH YAYASAN

Pelajar boleh menyemak senarai inisiatif yang disediakan oleh pihak yayasan. Ini termasuk program bantuan pelajar, pembiayaan untuk kursus kemahiran, dan sokongan untuk peminjam pendidikan yang memerlukan.

Semakan ini penting untuk memastikan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya segala peluang yang ada. Maklumat lebih lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi kerajaan Sarawak dan platform media sosial yang berkaitan.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai jenis bantuan yang boleh dimohon dibawah yayasan Sarawak pada tahun ini :

  • Bantuan kemasukan ke IPT
  • Biasiswa yayasan Sarawak Tun Taib
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahmah (YBSTAR)
  • Biasiswa khas program perubatan UNIMAS
  • Biasiswa tempatan yayasan Sarawak
  • Bursari BP40
  • Inisiatif graduan pulang Sarawak (i-GPS).

Untuk semakan lengkap dan panduan daftar permohonan mengikut kategori kelayakan, sila layari laman utama – https://yayasansarawak.org.my/my/laman-utama/ sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button