BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

Bantuan Kehidupan Sejahtera BINGKAS : RM300 Setiap Bulan

Bantuan Kehidupan Sejahtera BINGKAS adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan e-wallet yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, permohonan insentif istimewa ini dibuka sepanjang tahun kepada mereka yang berkelayakan memerlukan.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA BINGKAS

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan program pemberian insentif khas dikenali sebagai kehidupan sejahtera (Bingkas) pada tahun sebelum ini. Atas dasar keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2023.

Melalui program istimewa ini, akan memberikan manfaat kepada sekitar 30 ribu isi rumah yang layak memohon. Kepada mereka yang layak, akan menerima bantuan ewallet RM300 setiap bulan bersamaan RM3,600 setahun.

MANFAAT BANTUAN BINGKAS (KEHIDUPAN SEJAHTERA)

Tujuan utama perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan ketua keluarga (isi rumah) serta mengiktiraf peranan mereka bagi menyara keluarga. Dengan adanya isentif ewallet RM300 sebulan ini boleh memberi manfaat kepada penerima dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN

Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat asas kelayakan bagi memohon bantuan berjumlah RM300 sebulan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Berada dalam kumpulan B40
  • Mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
  • Pemilih berdaftar

DAFTAR PERMOHONAN BINGKAS

Kepada mereka yang menepati kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada bila-bila masa. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – KLIK DISINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dilakukan pihak berwajib, pemohon perlu sediakan dokumen-dokemen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri (pemohon), pasangan dan tanggungan.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan melalui aplikasi SELANGKAH. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di app store telefon pintar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan masih layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button