BANTUANBiasiswaMADANIPendidikan

Bantuan Biasiswa Al-Falah Madani Untuk B40 & M40

Bantuan biasiswa Al-Falah Madani kini telah dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk membantu para pelajar yang layak. Inisiatif ini menunjukkan komitmen pemerintah dalam menyokong pendidikan bagi semua lapisan masyarakat, tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

PROGRAM BANTUAN BIASISWA AL-FALAH

Biasiswa ini memberi manfaat khusus kepada pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Melalui program ini, Yayasan Waqaf Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM900,000 untuk disalurkan kepada pelajar yang memerlukan.

Ini adalah langkah positif dalam menangani isu akses pendidikan dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi pelajar dari golongan berpendapatan rendah. Menurut Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Hal Ehwal Agama, biasiswa di bawah program Madani Al-Falah ini merupakan lambang komitmen dalam mengangkat nilai wakaf sebagai pemangkin pendidikan negara.

Dengan adanya program ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat melanjutkan pengajian mereka tanpa terbeban dengan masalah kewangan. Pemberian inisiatif bantuan biasiswa ini dipilih mengikut kelayakan setiap pelajar.

Sesi pemberian bantuan biasiswa ini telah dilaksanakan hari ini pada sidang majlis penyampaian dibawah produk MYwaqafPTPTN di Kuala Lumpur. Sekitar 70 pelajar dari golongan keluarga B40 dan M40 menerima inisiatif biasiswa al-falah Madani 2024 ini.

Untuk butiran lebih terperinci anda boleh layari pautan laman web halaman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button