Asuh PintarBANTUANYAWAS

Bantuan Asuh Pintar RM100 Setiap Bulan Untuk Keluarga B40

Bantuan Asuh Pintar adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri pada tahun ini. Program bantuan khas ini adalah salah satu penghargaan dan usaha membantu keluarga yang memerlukan.

Terdapat pelbagai bantuan berbentuk kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini terutama kepada golongan sasar b40 dan miskin tegari. Salah satu adalah Bantuan dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Berita menggembirakan, program bantuan ini telah diteruskan pada tahun hadapan melalui sidang Belanjawan 2023 negeri Selangor.

INSENTIF KHAS

Untuk sedia maklum, bantuan Asuh pintar ini pada dasarnya adalah merupakan insentif bagi penjagaan kanak-kanak taska. Bantuan sebanyak RM100 setiap bulan diberikan kepada anak yang berumur 4 tahun dan kebawah dari keluarga B40 tahun ini.

Inisiatif ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan keluarga B40 yang mempunyai tanggungan anak yang masih kecil. Sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan dibawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan asuh pintar yang telah ditetapakan seperti :

  • Pemohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah
  • Suami dan isteri yang bekerja
  • Mempunyai tanggungan anak dibawah usia 4 tahun
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja untuk setiap keluarga
  • Anak bersekolah di taska yang berdaftar dengan JKM
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor
  • Bukan kelahiran negeri Selangor tetapi telah menetap di negeri ini melebihi 5 tahun
  • Ibu atau bapa adalah pengundi berdaftar di negeri Selangor.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk memohon bantuan asuh pintar RM100 ini, sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan ibu / bapa
  • Salinan sijil lahir anak yang ingin memohon
  • Salinan penyata gaji bapa dan ibu jika bekerja
  • Sediakan borang pendaftaran online (Pemohon boleh cetak dari sistem)
  • Dokumen sokongan perlu dihantar dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh pendaftaran ke alamat YAWAS.

PANDUAN PERMOHONAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan bantuan asuh pintar ini untuk anak anda. Sila layari portal rasmi YAWAS – DI SINI untuk semakan daftar permohonan.

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 15 haribulan setiap bulan dan penerima yang layak anda terima bantuan pada setiap bulan berikutnya. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin ketahui maklumat lebih terperinci, sila ke laman rasmi YAWAS atau hubungi talian khas di 03-5481 8800.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan asuh pintar ini, terdapat pelbagai inisiatif dari pihak kerajaan persekutuan dan negeri seluruh Malaysia. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button