Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM 350 ~ Semak Kelayakan
Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang memerlukan secara bulanan.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan pihak seliaan bagi bantuan-bantuan seperti Warga emas, bantuan orang kelainan upaya, bantuan kanak-kanak dan termasuk bantuan am persekutuan.
INSENTIF SEHINGGA RM 350
Untuk makluman, bantuan Am Persekutuan ini diwujudkan adalah bertujuan bagi membantu golongan kurang bernasib baik dari segi kewangan. Secara dasarnya menampung pembelanjaan harian individu atau keluarga pada tahun ini.
Kadar bantuan diberikan dengan jumlah sebanyak RM 100 sehingga RM 350 bagi setiap keluarga yang layak. Jumlah bantuan ditentukan bergantung kelayakan permohonan. Sekiranya anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI
SYARAT KELAYAKAN
Untuk sedia maklum, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi permohonan bantuan Am Persekutuan ini seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Individu yang ingin memohon merupakan golongan yang memerlukan dan tidak diliputi di bawah bantuan lain
- Pemohon bukan dari golongan M40.
PANDUAN PERMOHONAN
Di bawah telah disediakan panduan permohonan bantuan Am Pesekutuan. Anda boleh ikuti langkah seperti berikut:
- Langkah pertama, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI
- Kemudian sila ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri pilihan
- Sila isi maklumat peribadi – Nombor Kad Pengenalan
- Sediakan borang penting berkaitan.
BORANG BERKAITAN
DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN
Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut:
- Salinan Kad pengenalan terbaru pemohon
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (Jika kategori OKU)
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
- Salinan penyata gaji
- Salinan surat akuan pendapatan sekiranya bekerja sendiri
- Sediakan salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau telefon
Jika anda telah membuat permohonan, semakan status boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi JKM yang telah disediakan diatas.
INFO LANJUT
Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan am persekutuan ini, sila hubungi pihak JKM di talian – 03 8000 8000 atau Faks – 03 8323 2045.