BANTUANLaptop

Bantuan 2022 : Permohonan Pakej Laptop Percuma Untuk Golongan B40

Untuk sedia maklum, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun 2022. Salah satu pakej bantuan yang tersedia adalah bantuan Laptop percuma. Melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa Bantuan melibatkan pakej peranti siswa (Laptop) dan pelan data secara percuma kepada golongan B40 pada tahun ini.

Pakej bantuan ini disediakan adalah bertujuan bagi membantu memudahkan urusan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran secara online serta secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga golongan B40. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas yang perlu anda ketahui mengenai pakej bantuan ini.

Pakej Bantuan Laptop Percuma 

Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa sebanyak kira-kira 450,000 peranti (Laptop) dijangka akan disalurkan kepada penerima yang layak pada tahun ini secara 3 fasa.

Tambahan, pihaknya turut memberi jaminan bahawa peranti yang akan diberikan adalah berkualiti tinggi dan bukan ‘cap ayam’. Peranti atau Laptop ini akan mula diedarkan pada awal bulan Jun kepada pemohon yang berkelayakan membabitkan ratusan ribu anak muda siswa dan siswi.

Tarikh Permohonan

Bermula 15 April 2022 permohonan laptop dan pelan data percuma dibuka. Kepada para belia dan pelajar khususnya dari golongan B40 boleh mencuba nasib memohon pakej batuan yang tersedia ini.

Cara Memohon Bantuan Laptop Percuma

Untuk makluman, untuk membuat permohonan bantuan Laptop ini sangat mudah. Anda hanya perlu ke laman rasmi pilihan anda dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Jenama peranti adalah seperti berikut :

  • Mohon Peranti / Laptop jenama Apple : DI SINI
  • Mohon Peranti / Laptop jenama Samsung : DI SINI
  • Mohon Peranti / Laptop jenama Acer : DI SINI

Jika anda ingin mengetahui sama ada anda berkelayakan untuk mendapatkan pakej bantuan laptop dan pelan data percuma ini, anda boleh terus bertanyakan kepada pihak HEP pusat institusi pengajian anda, atau layari Portal Rasmi KPT – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat terutama golongan B40. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang terdapat pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke Halaman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button