BANTUANSentuhan KasihSyukur Sabah

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat – Jadual Bayaran

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR Sabah adalah merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2025.

PROGRAM BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

SYUKUR SABAH 2025

Kerajaan negeri Sabah telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dikenali sebagai program Sentukan Kasih Rakyat (SYUKUR). Bantuan ini ditawarkan khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Perlaksanaan program ini bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka yang berada dalam kemiskinan. Pemohon yang layak akan menerima bayaran tunai berjumlah RM900 setiap 3 bulan selama 4 fasa pembayaran.

Setiap individu yang lulus permohonan akan menerima bayaran dengan beberapa kaedah yang dipilih. Bayaran dikreditkan melalui akaun bank, secara tunai atau ewallet menggunakan aplikasi YONO Superapps.

MANFAAT PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025

Antara manfaat yang ada dalam program bantuan khas SYUKUR Sabah ini adalah seperti :

  1. Mengurangkan & meringankan beban kewangan individu untuk mendapatkan barang keperluan asas khususnya berbentuk makanan
  2. Dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah
  3. Bentuk sokongan untuk golongan miskin tegar agar dapat hidup lebih selesa dalam komuniti masyarakat
  4. Program SYUKUR ini adalah satu tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada penduduk.

JADUAL BAYARAN BANTUAN KASIH RAKYAT (SYUKUR)

Berikut dikongsikan jadual lengkap pembayaran SYUKUR secara berperingkat sepanjang tahun ini :

  • Fasa pertama – Dikreditkan Februari 2025
  • Fasa kedua – Dikreditkan April 2025
  • Fasa ketiga – Dikreditkan September 2025
  • Fasa keempat – Dikreditkan Oktober 2025.

Nota : Kepada pemohon-pemohon baharu yang diluluskan akan menerima bayaran bantuan pada fasa berikutnya.

PANDUAN SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN

Semakan status kelayakan boleh dilakukan mudah secara dalam talian. Panduan semak status telah disediakan seperti di bawah :

  1. Layari laman portal rasmi https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Tekan pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ dan tekan ‘Semak’
  3. Masukkan nombor Mykad pada ruangan yang disediakan
  4. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan pada skrin.

Nota : Sekiranya anda bukan pemohon, permohonan baharu boleh dikemukakan pada laman tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan segera, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button